Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1708254743:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_oembed_7bab1344bd354dcde162a5352a8b0caf] => Array
        (
            [0] => 
Raghad buat laporan polis dakwaan ‘larikan’ Taib Mahmud
) [_oembed_time_7bab1344bd354dcde162a5352a8b0caf] => Array ( [0] => 1708254025 ) [_oembed_6346ac57dfd76fe8dde8d412acf24a4e] => Array ( [0] =>
Dakwaan Taib Mahmud diculik tidak masuk akal, kata Ketua Polis Negara
) [_oembed_time_6346ac57dfd76fe8dde8d412acf24a4e] => Array ( [0] => 1708254025 ) [_oembed_f1932294e5eb22a51cc85e8da11423a8] => Array ( [0] =>
Taib Mahmud di Kuala Lumpur, terima rawatan di sebuah hospital swasta: Ketua Polis Negara
) [_oembed_time_f1932294e5eb22a51cc85e8da11423a8] => Array ( [0] => 1708254025 ) [post_views_count] => Array ( [0] => 303 ) [_thumbnail_id] => Array ( [0] => 169190 ) [_edit_last] => Array ( [0] => 13 ) [_post_language] => Array ( [0] => ) [_molongui_author] => Array ( [0] => guest-140984 ) [_molongui_main_author] => Array ( [0] => guest-140984 ) [td_post_theme_settings] => Array ( [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:113:" Toh Puan Raghad Kurdi Taib membuat laporan polis pada Selasa lalu di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields";} ) [_yoast_wpseo_primary_category] => Array ( [0] => 612 ) [_yoast_wpseo_focuskw] => Array ( [0] => Raghad Taib ) [_yoast_wpseo_metadesc] => Array ( [0] => Toh Puan Raghad Kurdi Taib membuat laporan polis pada Selasa lalu di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields ) [_yoast_wpseo_linkdex] => Array ( [0] => 66 ) [_yoast_wpseo_content_score] => Array ( [0] => 30 ) [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array ( [0] => 2 ) [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array ( [0] => ) [post_views_count_7_day_arr] => Array ( [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752158019";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:14;i:1;}}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751634295";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:13;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751774364";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:3;i:2;}}} ) [post_view_7days_last_day] => Array ( [0] => 3 ) [post_views_count_7_day_last_date] => Array ( [0] => 1752158019 ) [post_views_count_7_day_total] => Array ( [0] => 4 ) [post_views_last_24_hours] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_last_48_hours] => Array ( [0] => 1 ) )
IPK KL rujuk laporan polis dibuat isteri Taib Mahmud kepada Sarawak | Scoop

IPK KL rujuk laporan polis dibuat isteri Taib Mahmud kepada Sarawak

Toh Puan Raghad Kurdi Taib membuat laporan polis pada Selasa lalu di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields

7:05 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sudah menyerahkan serta merujuk laporan dibuat oleh Toh Puan Raghad Kurdi Taib mengenai dakwaan beliau ‘membawa keluar secara paksa’ Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kepada polis Sarawak.

Mengesahkan perkara itu kepada Scoop, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, untuk itu pihaknya menyerahkan siasatan lanjut mengenai laporan berkenaan kepada IPK negeri terbabit.

Menurut beliau, Raghad telah membuat laporan polis itu mengenai dakwaan terhadap dirinya dan Taib Mahmud yang juga bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak pada Selasa lalu (13 Februari) di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

“Memang ada laporan dibuat (oleh Raghad). Beliau telah membuat laporan polis di IPD Brickfields.

“Kita (IPK Kuala Lumpur) tak siasat. Report (laporan polis) ini sudah dirujuk kepada (IPK) Sarawak,” katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Raghad menegaskan telah membuat laporan polis bagi menyangkal dakwaan beliau ‘membawa keluar secara paksa’ bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak itu dari Hospital Normah, Sarawak.

Malah beliau berkata, dakwaan dirinya mengabaikan nasihat perubatan sebelum membawa keluar Taib Mahmud adalah tidak benar sama sekali.

Pihaknya memberikan kerjasama kepada polis mengenai siasatan yang dijalankan dan sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital berkenaan di mana Taib Mahmud dirawat sebelum ini, jika perlu.

Menurut Raghad, kenyataan yang dikeluarkannya hari ini adalah bagi menjawab beberapa dakwaan terhadapnya.

Beliau menafikan dakwaan telah mencabut peranti perubatan pada tubuh Taib Mahmud tanpa memaklumkan kakitangan yang bertugas.

Pada 7 Februari lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, dakwaan bahawa bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak itu diculik adalah tidak masuk akal.

Beliau turut meminta supaya fakta mengenai Taib Mahmud yang sebelum ini dikatakan telah dilarikan itu, diperbetulkan.

Terdahulu tular di media sosial kononnya Taib Mahmud telah diculik dari hospital di Sarawak oleh seorang ahli keluarganya.

Laporan itu mendakwa, seorang ahli keluarga terdekat telah mengeluarkan semua peralatan perubatan yang melekat pada tubuh Taib Mahmud tanpa memaklumkan kakitangan hospital.

Pada 10 Februari pula, Razarudin mengesahkan Taib Mahmud mendapat rawatan susulan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Malah beliau berkata, kertas siasatan mengenai dakwaan kononnya Taib Mahmud ‘dilarikan’ dari sebuah hospital di Kuching, Sarawak sebelum ini telah dihantar ke Pejabat Pendakwaan Negeri Sarawak semalam dan masih menunggu arahan lanjut. – 18 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Women Ministry plans to set up e-filing system for lodging sexual harassment reports

The Women, Family and Community Development Ministry intends to develop an e-filing system to enable more victims of sexual harassment outside Putrajaya to lodge complaints with the Anti-Sexual Harassment Tribunal

Kelantan to make halal certification mandatory for all F&B businesses

The new mandatory condition is being implemented by the Kota Bharu council first

‘More imports in M-League teams scuppers local players’ chances of playing for Malaysia’

The decision of the Malaysian Football League (MFL) to allow teams to start a match with six imported players for the 2024-2025 M-League season is seen to be detrimental to local players.

Related