Pendengaran permohonan isteri Daim, Na’imah untuk dapatkan pasport ditetapkan 13 Mac ini

Datuk Ahmad Bache mengarahkan hujahan bertulis difailkan pada 4 Mac ini manakala 11 Mac ditetapkan untuk kedua-dua pihak berbalas hujahan

10:15 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan semula pasport antarabangsanya apabila pendengaran kes berkenaan ditetapkan bulan depan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache mengarahkan hujahan bertulis difailkan pada 4 Mac ini manakala 11 Mac ditetapkan untuk kedua-dua pihak berbalas hujahan.

Beliau menetapkan 13 Mac untuk pendengaran kes permohonan pasport itu.

Timbalan Pendakwaraya adalah Ahmad Feisal Mohd Azmi, Mohamad Fadly Mohd Zamry dan Maziah Mohaide.

Na’imah pula diwakili M Puravalen, Rajesh Nagarajan, Sachpreetraj Singh Sohanpal dan Nizamuddin Hamid.

Pada 16 Februari lalu, peguam Na’imah, Rajesh memaklumkan kepada media bahawa wanita itu memohon mahkamah memulangkan pasport miliknya, selepas ia ditahan berhubung kegagalannya mematuhi notis mengisytiharkan harta.

Rajesh turut mengesahkan kepada Scoop bahawa permohonan semakan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan pendengarannya ditetapkan pada 19 Februari.

Pada 23 Januari lalu, Na’imah didakwa ke Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan 12 harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, Na’imah, 67, tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.

Azura membenarkan Na’imah diikat jamin RM250,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai, selain menetapkan 22 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, Na’imah yang tiba pada jam 8.32 pagi dengan mengenakan baju kurung berwarna ungu lembut dan corak bunga, kelihatan tenang dan tersenyum kepada petugas media sebaik sahaja gambarnya dibidik serta video pergerakannya dirakam.

“Assalamualaikum, tak habis (ambil) gambar saya, berapa banyak ambil,” tegurnya.

Beliau kemudian memasuki kamar mahkamah dengan diiringi peguamnya, Rajesh serta Sachpreetraj Singh Sohanpal.

Prosiding berkenaan bermula pada 9.30 pagi dan tamat 15 minit kemudian. – 19 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related