Pelaksanaan Beras Putih Malaysia Madani mampu sekat kartel: PM

Ia mampu menyekat campur tangan kartel beras di pasaran

5:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan cadangan pelaksanaan Beras Putih Malaysia Madani akan memberi manfaat kepada kartel.

Sebaliknya Perdana Menteri berkata, ia akan menyekat campur tangan kartel beras di pasaran.

“Tidak (beri manfaat). Kita menyekat campur tangan kartel,” katanya selepas melancarkan program memperkasakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Menara Maybank, di sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh agar kerajaan tidak membenarkan cadangan Beras Putih Malaysia Madani dilaksanakan kerana ia akan menghapuskan terus beras putih tempatan yang lebih murah di pasaran.

Malah, katanya, Beras Putih Malaysia Madani dicadangkan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal seperti menyokong perbuatan kartel yang mencampurkan beras tempatan dan beras import.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai cadangan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol), Jumaat ini.

Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, kerajaan akan memperkenalkan kategori tunggal bagi beras putih untuk menggantikan kategori beras putih tempatan dan import yang dikenali sebagai Beras Putih Malaysia Madani. – Alif Omar/Scoop, 19 Februari, 2024

“Belum ada keputusan… kita akan bincangkan dalam mesyuarat Naccol yang akan datang,” katanya.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali memaklumkan satu Mesyuarat Khas Naccol yang akan dipengerusikan Perdana Menteri akan diadakan Jumaat ini bagi membincangkan isu kos sara hidup terutama bekalan beras.

Beliau berkata, kementeriannya selaku urusetia Naccol telah mendapat pengesahan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bahawa satu daripada perkara diangkat untuk pertimbangan adalah berkaitan bekalan beras negara.

Rabu lalu, Syed Abu Hussin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup, mengumumkan kerajaan memperkenalkan kategori tunggal bagi beras putih untuk menggantikan kategori beras putih tempatan dan import di pasaran negara dikenali sebagai Beras Putih Malaysia Madani.

Syed Abu Hussin dilaporkan berkata, kerajaan turut menetapkan harga siling bagi beras putih itu pada kadar RM30 bagi kampit 10 kilogram (kg) manakala RM15.50 (5kg) dan RM3.50 (1kg).

Katanya, pelaksanaan tersebut berkuat kuasa 19 Februari ini dan dijangka berada di pasaran bermula 1 Mac. – 19 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related