PCKK kumpul dana kebajikan, salur pada golongan memerlukan

Majlis ini juga diadakan bagi menghargai usaha dan jasa ahli PCKK, yang sentiasa membantu dan menyokong program PCKK, selain mengeratkan hubungan silaturrahim

10:30 PM MYT

 

BANGI – Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Cawangan Kementerian Komunikasi (PCKK), hari ini menganjurkan Majlis Makan Malam Ladies Night, bertujuan mengumpul dana bagi tujuan kebajikan.

Pengerusi PCKK Nik Noralhuda Nik Mohamed berkata dana tersebut, akan disalurkan kepada rumah anak yatim, rumah jagaan warga emas dan pusat dialisis, dengan majlis penyerahan sumbangan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Majlis ini juga diadakan bagi menghargai usaha dan jasa ahli PCKK, yang sentiasa membantu dan menyokong program PCKK, selain mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam yang bertemakan ‘Antara Benua’, di sini hari ini.

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) merupakan pengurus acara bagi majlis tersebut, yang dihadiri lebih daripada 200 ahli PCKK, antaranya dari Jabatan Penerangan dan Jabatan Penyiaran Malaysia.

Turut disajikan persembahan artis Pentarama dan penyampaian hadiah kepada Queen of the Night. – 19 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related