Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1708579827:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_oembed_40f2c8ea0d4a7a5113b91a23c2e0f9af] => Array
        (
            [0] => 
Something wrong somewhere: Spanco deal hurting nation, says Anwar
) [_oembed_time_40f2c8ea0d4a7a5113b91a23c2e0f9af] => Array ( [0] => 1708578261 ) [_oembed_368b5f640582f07793d227511033509a] => Array ( [0] =>
Ex-PM, finance minister in 90s to be summoned by MACC over Spanco probe
) [_oembed_time_368b5f640582f07793d227511033509a] => Array ( [0] => 1708578261 ) [_oembed_b5d7de514fde1bce369b6c4b942b0239] => Array ( [0] =>
[UPDATED] MACC raids Tan Sri’s house over govt vehicle fleet contracts: source
) [_oembed_time_b5d7de514fde1bce369b6c4b942b0239] => Array ( [0] => 1708578261 ) [_oembed_18ac8405bbd32060ede633e7576010c9] => Array ( [0] =>
[UPDATED] MACC freezes ‘Tan Sri’s’ millions linked to govt fleet contract probe
) [_oembed_time_18ac8405bbd32060ede633e7576010c9] => Array ( [0] => 1708578261 ) [post_views_count] => Array ( [0] => 159 ) [_edit_last] => Array ( [0] => 13 ) [_post_language] => Array ( [0] => ) [_molongui_author] => Array ( [0] => guest-120151 ) [_molongui_main_author] => Array ( [0] => guest-120151 ) [_yoast_wpseo_primary_category] => Array ( [0] => 612 ) [_yoast_wpseo_content_score] => Array ( [0] => 30 ) [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array ( [0] => 2 ) [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array ( [0] => ) [_thumbnail_id] => Array ( [0] => 170533 ) [td_post_theme_settings] => Array ( [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:149:"Tan Sri Azam Baki menyerahkan kepada pegawai penyiasat untuk melihat sama ada ada terdapat keperluan untuk memanggil bekas Perdana Menteri atau tidak";} ) [_yoast_wpseo_focuskw] => Array ( [0] => Spanco ) [_yoast_wpseo_metadesc] => Array ( [0] => Tan Sri Azam Baki menyerahkan kepada pegawai penyiasat untuk melihat sama ada ada terdapat keperluan untuk memanggil bekas Perdana Menteri atau tidak ) [_yoast_wpseo_linkdex] => Array ( [0] => 59 ) [post_views_count_7_day_arr] => Array ( [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749482332";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:6;i:1;i:15;i:1;}}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749579361";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:18;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}} ) [post_view_7days_last_day] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_count_7_day_last_date] => Array ( [0] => 1749579361 ) [post_views_count_7_day_total] => Array ( [0] => 2 ) [post_views_last_24_hours] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_last_48_hours] => Array ( [0] => 2 ) )
Bekas Menteri Kewangan beri keterangan kepada SPRM bantu siasatan ke atas Spanco | Scoop

Bekas Menteri Kewangan beri keterangan kepada SPRM bantu siasatan ke atas Spanco

Tan Sri Azam Baki menyerahkan kepada pegawai penyiasat untuk melihat sama ada ada terdapat keperluan untuk memanggil bekas Perdana Menteri atau tidak

1:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah merekodkan keterangan bekas Menteri Kewangan dalam siasatan berterusan terhadap kontrak yang diberikan kepada syarikat membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan, Spanco Sdn Bhd (Spanco) pada akhir 1990-an.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki mengesahkan bekas Menteri Kewangan itu memegang jawatan antara 2020 dan 2021.

Bagaimanapun, katanya, SPRM belum memanggil bekas Perdana Menteri yang memegang jawatan dalam tempoh sama.

“Kami akan memanggil sesiapa sahaja yang terlibat dalam penganugerahan projek itu. Setakat ini, bekas Menteri Kewangan telah dipanggil, tetapi kami belum memanggil bekas Perdana Menteri lagi.

“Saya serahkan kepada pegawai penyiasat untuk melihat sama ada ada terdapat keperluan untuk memanggil bekas Perdana Menteri untuk mendapatkan kenyataan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah (CelO) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Awal bulan ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perjanjian kerajaan dengan Spanco merugikan negara, pendirian yang beliau katakan dipegangnya sejak berkhidmat sebagai Menteri Kewangan pada 1990-an.

“Saya tidak tahu apa yang salah (mengenai Spanco), tetapi saya tahu ia tidak betul. Saya tahu ia merugikan negara, dan saya tahu penjawat awam tidak berpuas hati dengannya,” katanya.

Sebelum ini, pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan memfailkan saman terhadap Spanco dan kerajaan Malaysia, yang kemudiannya diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerana menamatkan surat hasrat (LoI) berhubung tender membekalkan kenderaan dan memberikannya kepada syarikat lain.

LoI, yang ditawarkan kepada Kumpulan Berjaya dan Kumpulan Naza di bawah kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH) ketika itu, dibatalkan pada 2020 selepas Perikatan Nasional (PN) mengambil alih Putrajaya di bawah kepimpinan Muhyiddin.

Kerajaan PN kemudiannya menganugerahkan kontrak itu kepada Spanco, yang memegang konsesi itu sejak 1994, dan membayarnya RM700 juta lebih daripada kontrak Berjaya-Naza, menurut dakwaan Tan tahun lepas.

Bulan lalu, Scoop melaporkan SPRM melakukan serbuan ke kediaman seorang ahli perniagaan bergelar “Tan Sri” bagi membantu siasatannya terhadap dakwaan rasuah berkaitan perolehan membekal dan mengurus fleet kenderaan kerajaan.

Sumber memberitahu Scoop bahawa operasi itu adalah kesinambungan daripada siasatan berterusan SPRM, yang bermula pada Julai 2023.

Pada 31 Januari lalu, dilaporkan beberapa akaun bank peribadi yang menyimpan puluhan juta ringgit milik ahli perniagaan itu dibekukan oleh SPRM hasil siasatannya berhubung perkara sama.

Sumber juga berkata, ahli perniagaan itu adalah proksi kepada hartawan yang kini turut disiasat SPRM berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram berdasarkan maklumat daripada Kertas Pandora. – 22 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Muslim NGOs call on OIC to issue solidarity note for Palestinian fighters

Four Muslim non-governmental organisations (NGOs) have called upon the Organisation of Islamic Cooperation (OIC) to convene an emergency meeting to issue a solidarity note to the freedom fighters of Palestine.

Related