Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1708598465:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 170650
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:171:"Setiap kepakaran yang ada di jabatan berkenaan termasuk dalam aspek forensik, telah dikerah bagi memastikan penjenah yang bertanggungjawab dapat diheret ke muka pengadilan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Zayn Rayyan
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Polis Diraja Malaysia tidak pernah menghentikan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang kini sudah
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 61
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 245
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752029137";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:4:{i:5;i:2;i:1;i:1;i:14;i:1;i:2;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752257135";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:18;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752257135
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Siasatan kes Zayn Rayyan tidak pernah dihentikan: Pengarah JSJ Bukit Aman | Scoop

Siasatan kes Zayn Rayyan tidak pernah dihentikan: Pengarah JSJ Bukit Aman

Setiap kepakaran yang ada di jabatan berkenaan termasuk dalam aspek forensik, telah dikerah bagi memastikan penjenah yang bertanggungjawab dapat diheret ke muka pengadilan

6:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia tidak pernah menghentikan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang kini sudah memasuki lebih dua bulan selepas tragedi itu berlaku di Damansara Damai, Petaling Jaya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata walaupun berdepan dengan cabaran termasuk dalam mengesan lokasi utama kes pembunuhan itu, namun pihak polis tidak berputus asa dan meneliti setiap maklumat diterima, untuk menyelesaikannya kes itu.

Beliau berkata setiap kepakaran yang ada di jabatan berkenaan termasuk dalam aspek forensik, telah dikerah bagi memastikan penjenah yang bertanggungjawab dapat diheret ke muka pengadilan.

“Pada ketika ini, pasukan saya masih melihat bahagian teknikal, kebanyakan keputusan forensik sudah ada dan cabaran kita ialah kita tidak dapat kenal pasti lokasi utama kejadian… yang kita dapat ialah lokasi kedua.

“Kita masih menunggu, masih lagi cuba buat penyegitigaan selain memperhalusi beberapa perkara teknikal termasuk kenyataan yang dikumpul daripada orang ramai,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama baru-baru ini.

Mohd Shuhaily berkata pihaknya menjangkakan mungkin akan mendapat maklumat baharu, selepas Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Datuk Seri A Thaiveegan menawarkan ganjaran RM20,000, kepada individu yang dapat menyalurkan maklumat sehingga penjenah terlibat diberkas.

 “Mungkin RM20,000 ditawarkan beri motivasi kepada orang yang melihat sebagainya untuk beri petunjuk baru dan apa sahaja petunjuk kita akan proses (siasat),” katanya.

Pada masa yang sama, beliau turut meminta orang ramai supaya tidak terus meletakkan ibu bapa Zayn Rayyan dalam keadaan tertekan, dengan mengaitkan mereka kes pembunuhan anak mereka, kerana pasangan itu tidak terlibat.

Pada 5 Dis tahun lepas, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai di sini sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – 22 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Sim Tze Tzin seeks PKR veep post, vows to strengthen party’s future

Bayan Baru MP declares candidacy, drawing on decades of reformist struggle and unwavering loyalty to the party

‘Hot Daddy,’ two female companions charged with selling porn videos

A man and his two female companions were charged in the magistrates’ court here today with selling pornographic video recordings.

Petronas sebagai jantung strategi geoekonomi Malaysia berdepan ancaman perang Trump – Wan Fayhsal

Jangan jadikan Petronas sekadar alat tunggangan untuk nafsu serakah politik yang sempit kelak kita sekadar sesal pendapatan, sesal kemudian tiada berguna

Related