Malaysia perluas pilihan perjalanan udara dengan 5 laluan baharu ke China

China Eastern Airlines membuka 4 laluan menghubungkan Kuala Lumpur ke Xian, Chengdu, Wuhan dan Nanjing, manakala satu dari Pulau Pinang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong Shanghai

1:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelancong ke China dan dari republik itu boleh menikmati lima laluan baharu disediakan China Eastern Airlines, yang menghubungkan Malaysia dengan rakan dagangan terbesarnya itu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, syarikat penerbangan China itu komited untuk membuka empat laluan yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Xian, Chengdu, Wuhan dan Nanjing manakala satu laluan menghubungkan Pulau Pinang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong Shanghai.

Menurutnya, komitemen itu dizahirkan selepas pertemuan dengan pengurusan tertinggi syarikat penerbangan itu di pejabatnya semalam.

Ketika ini, pelancong China dan India menikmati pengecualian visa 30 hari apabila melancong ke Malaysia menerusi dasar yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tahun lepas.

Sementara itu, warganegara Malaysia yang memegang pasport biasa memasuki China untuk tujuan perniagaan, pelancongan, lawatan keluarga dan transit menikmati perjalanan tanpa visa sehingga 15 hari bermula 1 Disember hingga 30 November 2024.

Sebelum ini, China Eastern Airlines dilaporkan memulakan penerbangan laluan Beijing ke Kuala Lumpur pada 26 Januari, sekurang-kurangnya penerbangan pergi balik setiap hari pada Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad menggunakan Airbus A330.

Syarikat penerbangan itu dijangka melancarkan penerbangan harian dari Shanghai Pudong ke destinasi lain di Malaysia pada separuh kedua tahun ini, termasuk Pulau Pinang dan Kuching di Sarawak. – 23 Februari 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related