Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1708741074:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 336
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 171079
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:87:"Kementerian Luar akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa di dalam proses itu";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => nota diplomatik
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Kementerian Luar sudah membuat laporan polis berhubung dengan penyebaran satu salinan Nota Diplomatik bertaraf sulit yang diterima Kedutaan
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 69
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750779996";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:0;i:1;i:15;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750779996
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Kementerian Luar lapor polis Nota Diplomatik sulit tersebar | Scoop

Kementerian Luar lapor polis Nota Diplomatik sulit tersebar

Kementerian Luar akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa di dalam proses itu

10:16 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar sudah membuat laporan polis berhubung dengan penyebaran satu salinan Nota Diplomatik bertaraf sulit yang diterima Kedutaan Besar Malaysia di Rabat, Maghribi, baru-baru ini.

Menerusi kenyataannya, kementerian itu memaklumkan, laporan polis terbabit bertujuan membolehkan siasatan mengenai perkara berkenaan dimulakan pihak berkuasa.

Katanya, Kementerian Luar akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa di dalam proses itu.

“Kementerian Luar memandang serius dan amat kesal dengan tindakan penyebaran satu salinan Nota Diplomatik bertarikh 20 September 2023 bertaraf sulit yang diterima oleh Kedutaan Besar Malaysia di Rabat, Maghribi.

“Kementerian Luar Negeri sentiasa menekankan kepentingan memelihara kerahsiaan komunikasi diplomatik dengan negara sahabat dan rakan antarabangsa lain.

“Penyebaran dokumen berkenaan adalah tindakan tidak bertanggungjawab,” katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, hasil siasatan kementerian itu mendapati bahawa penyebaran bukan berpunca daripada pihak dalaman.

“Kementerian Luar sudah memberikan penjelasan berhubung perkara ini kepada negara sahabat berkenaan dan menyatakan kekesalan di atas perkembangan ini.

“Kementerian Luar Negeri menggesa supaya tindakan penyebaran dokumen berkenaan dihentikan, dengan mengambil kira implikasi negatif kepada keyakinan dan kepercayaan komuniti antarabangsa terhadap imej serta integriti Malaysia,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung Nota Diplomatik bertarikh 20 September 2023 daripada kerajaan Morocco kepada Malaysia, seperti dikongsikan seorang pengguna Twitter yang didakwa mengenai individu digelar Mawla Amin.

Dalam satu dakwaan sebelum ini, Mawla mendakwa dirinya dari Maghribi dan mempunyai kaitan dan susur galur dari nasab Rasullah SAW.

Kedatangannya ke Malaysia turut dijulang dan seolah-olah menimbulkan taksub dalam kalangan segelintir individu, termasuk membabitkan pendakwah selebriti kerana dianggap istimewa serta mempunyai kedudukan mulia.

Namun, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan lelaki itu, keluar masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pas tersebut membolehkan Mawla berada di dalam negara selama 90 hari.

“Individu terbabit keluar masuk dalam negara dan membina pengaruh dia, mendapatkan pengikut dia kerana standing point dia nasab keturunan Rasulullah, nasab ke-38.

“Sebenarnya dalam rekod kita, dia adalah warga Algeria. Dia travel menggunakan pasport antrabangsa Perancis,” katanya.

Bagaimanapun, Saifuddin berkata, polis kini sedang bekerjasama dengan pihak jabatan agama Islam negeri bagi memantau aktiviti keagamaan dianjurkan Mawla bersama pengikutnya. – 24 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related