Sultan Ibrahim sokong pemberian subsidi, penjimatan kerajaan

Pada masa sama, Sultan Ibrahim bertitah, kerajaan juga mesti bersikap tegas bagi membendung ketirisan dan penyelewengan dana awam

2:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim kecewa apabila dimaklumkan Kerajaan Perpaduan sedang menanggung beban hutang semakin besar, disebabkan pentadbiran negara sentiasa berada dalam kedudukan defisit kekal sejak 1998.

Justeru, baginda menyokong hasrat kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk segera mengambil langkah penjimatan, termasuk melaksanakan pemberian subsidi secara besar-besaran.

“Adakah beban ini akan kita tinggalkan untuk anak cucu kita nanti, jawapannya adalah pada semua ahli dewan di sini,” titahnya.

Perkara itu dititah Sultan Ibrahim ketika Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 hari ini.

Titahnya, keadaan kewangan lemah dalam tempoh lama itu, akan menyukarkan kerajaan untuk melaksanakan projek pembangunan baharu atau memberikan suntikan dana, bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi.

Baginda bertitah, dasar baharu yang lebih menyeluruh perlu diterus dan diperkenalkan, antaranya pengenalan kepada Akta Kewangan dan Tanggungjawab Fiskal 2023 yang menjadi satu langkah pembaharuan, bagi meningkatkan urus tadbir pengurusan kewangan awam supaya lebih terurus dan bertanggungjawab.

“Saya juga akan meneliti perbelanjaan kerajaan dan memastikan setiap cadangan perbelanjaan adalah untuk perkara yang betul-betul diperlukan.

“Saya berharap ketika pemerintahan saya ini kerajaan akan berjaya memperoleh lebih fiskal setiap tahun,” titahnya.

Pada masa sama, Sultan Ibrahim bertitah, kerajaan juga mesti bersikap tegas bagi membendung ketirisan dan penyelewengan dana awam.

“Kelemahan urus tadbir ini semua peringkat perlu diperiksa, termasuk di dalam badan berkanun dan syarikat milik kerajaan serta anak-anak syarikatnya.

“Kerajaan perlu sediakan insentif menarik dan mudahkan segala urusan melalui tadbir urus cekap, dengan polisi dibuat di peringkat Persekutuan kena sesuai dengan persekitaran di negeri-negeri kerana setiap negeri ada keadaan berbeza, termasuk sektor pembangunan hartanah,” katanya. – 26 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

Related