Pekerja asing: Saifuddin nafi wujud ketirisan penguatkuasaan, ‘mereka kembali beroperasi selepas patuhi peraturan’

Lima negeri dikenalpasti merekodkan keberadaan pekerja asing paling ramai, iaitu didahului Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Sarawak

12:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan wujud ketirisan dalam aspek penguatkuasaan terhadap pekerja asing atau majikan mereka apabila golongan itu kembali ‘beroperasi’ selepas pemeriksaan dokumentasi dilakukan.

Beliau berkata, ketika serbuan di kawasan panas atau ‘lubuk pekerja asing’ dijalankan pihak penguatkuasaan, seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) susulan laporan diterima mengenai kebanjiran mereka, sememangnya golongan itu akan menghentikan operasi.

Namun, selepas proses pemeriksaan itu selesai, majikan dan pekerja mereka dibenarkan kembali beroperasi selepas didapati mempunyai pas lawatan kerja sementara yang sah serta tidak menyalahi peraturan ditetapkan pihak penguatkuasaan.

“Sekarang untuk rekod (jumlah) pekerja asing pegang pas lawatan kerja sementara (adalah) 2.1 juta.

“Bila serbuan atau tangkapan, proses pertama (dijalankan penguatkuasaan) adalah membuat pemeriksaan sama ada (mereka) tiada dokumen kerja sah, duduk lebih masa atau ketiga salah guna pas (kerja).

“Ada (bila) kita periksa mempunyai dokumen sah, 10 tangkapan kita buat, 20% mempunyai tiga kesalahan itu, bermaksud setiap 10 orang pekerja asing, lapan ada dokumen sah.

“Kalau hari ini tangkap, setelah JIM check (periksa) ada dokmen sah, kita lepas (mereka), kalau tak ada (dokumen sah), (kita) bawa ke depoh dan melalui proses ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Klang, Ganabatirau Veraman pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Dalam persoalan dikemukakannya itu, Gabanatirau bertanyakan mengapa selepas PDRM, JIM dan PBT menjalankan kolaborasi menyerbu serta menangkap pekerja asing di beberapa kawasan panas, termasuk pasar di Klang, golongan itu kembali semula beberapa jam kemudian untuk menjalankan perniagaan atau aktiviti pekerjaan mereka.

“Kita dengar PDRM, JIM dan PBT ada kolaborasi tangkap, serbu (pekerja asing), pagi ada tangkap, petang kembali normal.

“(Contoh) Pasar Meru, pagi tangkap, petang ada balik, ada ketirisan ke, kalau majikan tiris, PBT kena ada penguatkuasaan (lebih ketat),” soalnya,

Terdahulu, dalam sesi sama, Saifuddin memaklumkan, lima negeri dikenalpasti merekodkan keberadaan pekerja asing paling ramai, iaitu didahului Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Sarawak.

Katanya, jumlah serbuan dijalankan dalam tempoh lebih dua tahun, iaitu antara 1 Januari 2022 hingga 7 Februari 2024 merekodkan sebanyak 20,880 operasi penguatkuasaan, dengan 58,508 pekerja asing dan 871 majikan ditangkap kerana beberapa kesalahan, antaranya memberi perlindungan kepada golongan itu.

Saifuddin berkata, terdapat lapan kawasan panas, iaitu lokasi mencatatkan paling tinggi aduan diterima daripada orang ramai dan JIM, antaranya Pasar Borong Klang, Pasar Besar Klang, GM Klang dan Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman.

“Pelaksanaan pemantauan secara rutin, 36 serbuan di Klang bagi 60 hari tahun ini sahaja,” katanya. – 29 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related