Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1709369281:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => user-14
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 171
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 173357
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:139:"Rafizi berkata, DEB yang digerakkan pada 1970 hingga 2000 itu kini berjaya melahirkan kelompok kelas pertengahan yang teramai di negara ini";}
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Rafizi berkata golongan Bumiputera juga perlu berubah dari penambah nilai kepada pencipta nilai, jika ingin meihat perubahan ke tahap lebih tinggi
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748434943";s:5:"count";i:4;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:12;i:1;i:20;i:3;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1747991194";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:9;i:1;}}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748123110";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:21;i:1;}}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748217001";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:23;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748434943
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 7
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => user-14
            [1] => guest-99954
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 4
        )

)
Takrifan pemerkasaan ekonomi bumiputera tidak hanya penguasaan ekuiti, tetapi juga penyertaan, pemilikan : Rafizi | Scoop

Takrifan pemerkasaan ekonomi bumiputera tidak hanya penguasaan ekuiti, tetapi juga penyertaan, pemilikan : Rafizi

Rafizi berkata, DEB yang digerakkan pada 1970 hingga 2000 itu kini berjaya melahirkan kelompok kelas pertengahan yang teramai di negara ini

3:24 PM MYT

 


PUTRAJAYA – Takrifan pemerkasaan ekonomi bumiputera tidak boleh hanya dilihat menerusi penguasaan ekuiti sahaja sebaliknya menerusi penyertaan serta pemilikan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, beliau melihat kejayaan Dasar Ekonomi Bumiputera (DEB) kerana ia mengeluarkan golongan itu daripada kelompok miskin tegar dan memperkasakan pendidikan.

Beliau berkata, dasar yang digerakkan pada 1970 hingga 2000 itu kini berjaya melahirkan kelompok kelas pertengahan yang teramai di negara ini.

“Kita tidak perlu lihat pemerkasaan bumiputera dalam soal pemilikan ekuiti sahaja sebaliknya penyertaan, penguasaan dan pemilikan mereka secara keseluruhan.

“Dalam aspek penguasaan bumiputera, kita lihat pengurusan tertinggi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dikuasai oleh bumiputera,” katanya pada Sesi Fireside Chat: Aspirasi Masa Hadapan Bumiputera sempena Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 di sini hari ini.

Rafizi berkata, syarikat GLC dan syarikat berkaitan pelaburan kerajaan (GLIC) bukan berstatus Bumiputera namun, pengurusan utamanya dikuasai profesional bumiputera.

Dalam pada itu, beliau berkata, golongan bumiputera juga perlu berubah dari penambah nilai kepada pencipta nilai, jika ingin meihat perubahan ke tahap lebih tinggi.

“Ketika ini, kelompok menengah bumiputera menjadi penambah nilai kepada GLC menerusi penguasaan di jawatan utama.

“Mereka ini lebih selesa makan gaji dan kekal ditahap itu. Jika nak dibanding dengan bukan bumiputera, mereka tidak akan kekal disitu sebaliknya keluar dan buka syarikat sendiri.

“Ia satu cabaran buat kumpulan menengah bumiputera untuk keluar dari situ (GLC) namun, jika ingin menjadi penambah nilai mereka perlu keluar,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, bumiputera juga perlu beralih daripada model makan gaji kepada kelas niagawan supaya tahap pemerkasaan dapat ditingkatkan.

Katanya, sekitar tahun 60 hingga 70-an dahulu, masyarakat bumiputera ditanam diminda supaya berkhidmat dalam kerajaan memandangkan jurang sosioekonomi ketika itu melebar antara Bumiputera dan bukan Bumiputera.

“Sudah tiba masanya bumiputera untuk menjadi niagawan dan berjaya kerana sebelum ini, mereka hanya berniaga kerana tidak dapat kerja lain.

“Sebelum ini, kita ambil pelajar paling cemerlang dalam negara, beri mereka biasiswa dan ikat mereka 10 tahun dalam kerajaan.

“Kalau nak lahirkan kelas niagawan bumi. Kita kena tukar sukses model itu. Yang paling cerdik di Amerika Syarikat tidak kerja dengan syarikat besar sebaliknya mereka bina syarikat sendiri.

“Pertumbuhan ekonomi di sana (Amerika Syarikat) disokong oleh kumpulan cerdik pandai ini. Sebab itu lahirnya bilionair terkemuka dunia seperti Mark Zuckerberg, Jeff Bezos dan Elon Musk,” katanya. – 2 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Umur persaraan hakim syarie dicadang dinaikkan kepada 66 tahun

Umur persaraan Hakim Mahkamah Syariah di negara ini, dicadang dilanjutkan daripada 60 tahun kepada 66 tahun ketika ini.

Pembangkang patut semak imbang Kerajaan Perpaduan secara munasabah, ‘laksana tanggungjawab moral anda’: Najwan

Pembangkang dicabar memainkan peranan mereka sebaik mungkin untuk melakukan ‘semak dan imbang’ dengan munasabah dalam situasi kestabilan pentadbiran ditunjukkan Kerajaan Perpaduan ketika ini

Penyasaran subsidi diesel, kepengerusian Asean antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Penyasaran subsidi diesel dan kepengerusian ASEAN antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Related