Letupan bom di Kafe Rameshwaram, India: Tiada rakyat Malaysia terjejas

Bagaimanapun, konsulat Malaysia di negara berkenaan sedang mengikuti laporan terkini berkaitan insiden terbabit

3:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar memaklumkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas setakat ini dalam insiden letupan bom di Kafe Rameshwaram di Bengaluru, India semalam.

Perkara itu dimaklumkan melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai kepada kementerian berkenaan.

Bagaimanapun, Kementerian Luar berkata, pihak konsulat itu sedang mengikuti laporan berkaitan letupan insiden terbabit.

“Dilaporkan sekurang-kurangnya lapan orang, termasuk tiga kakitangan kafe dan seorang pelanggan, cedera dalam letupan yang berlaku kira-kira jam 1 tengah hari waktu tempatan.

“Menurut pihak berkuasa tempatan, tiada rakyat Malaysia, khususnya pelajar Malaysia, terjejas dalam insiden letupan bom tersebut.

“Pelajar dilaporkan sedang menghadiri kuliah di kampus mereka pada masa itu,” katanya menerusi kenyataan.

Pada masa sama, Kementerian Luar menggesa semua rakyat Malaysia di Bengaluru untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai perkara itu.

Dilaporkan sekurang-kurangnya lapan orang, termasuk tiga kakitangan kafe dan seorang pelanggan, cedera dalam letupan yang berlaku kira-kira jam 1 tengah hari waktu tempatan – Gambar media sosial, 2 Mac, 2024

“Mereka digesa mengambil langkah berjaga-jaga, mematuhi amaran perjalanan dari pihak berkuasa tempatan dan mengelakkan tempat sesak kerana siasatan berkaitan insiden masih berterusan.

“Rakyat Malaysia (di sana) yang memerlukan bantuan konsulat boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai menerusi alamat No. 7 (Old No. 3) 1 st Street, Cenotaph Road Teynampet, Chennai 600 018 Tamil Nadu, India atau menghubungi 0091 44 2433 4434/35/36,” katanya.

Semalam, media antarabangsa melaporkan, letupan itu berlaku ketika orang ramai, termasuk pekerja pejabat sekitar kawasan terbabit beratur di kafe berkenaan untuk makan tengah hari.

Katanya, punca letupan masih belum diketahui dan ia sedang dalam siasatan pihak berkuasa. – 2 Mac, 2024.

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Onn Hafiz, Rozi dilantik Pengerusi Jawatankuasa BN Johor, Terengganu

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rozi Mamat dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Barisan Nasional (BN) Negeri masing-masing

Related