Jijik! Ayam proses diletak atas lantai kotor, 3 premis sembelihan diarah tutup serta-merta

Pemeriksaan turut mendapati air digunakan premis tidak berlesen itu untuk membersihkan ayam tidak diganti secara berkata, selain pekerja tiada suntikan typhoid

5:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pekerja tidak bertanggungjawab mengendalikan produk dengan keadaan premis kotor dan menjijikkan.

Itu situasi didepani sepasukan 21 petugas dari Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, Jabatan Penguatkuasaan serta Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika menjalankan operasi di tiga pusat sembelihan ayam di Kampung Cheras Baru di sini, hari ini.

Menerusi kenyataannya, DBKL berkata, dalam operasi itu, ayam sudah diproses diletakkan di atas lantai yang kotor.

“Selain itu, air sisa darah, tulang dan bulu juga dilepaskan terus ke longkang awam.

“Pusat sembelihan ini juga didapati tidak mempunyai water treatment plant (instalasi pengolahan air) sesuai, malah air yang digunakan untuk membersihkan ayam juga tidak diganti secara berkala,” katanya.

Menurut DBKL, tiga premis itu juga menjalankan operasi tanpa lesen perniagaan.

Semua pekerja yang terdiri daripada warga asing, didapati tidak mendapatkan suntikan typhoid, iaitu vaksin deman kepialu dan tiada sijil pengendali makanan. – Gambar ihsan DBKL, 2 Mac, 2024

Semua pekerja yang terdiri daripada warga asing, katanya, juga didapati tidak mendapatkan suntikan typhoid, iaitu vaksin deman kepialu dan tiada sijil pengendali makanan.

Menurutnya, justeru situasi itu, pihaknya mengeluarkan tiga notis perintah penutupan premis di bawah UUK 28(1) Undang-undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan berkuatkuasa serta merta.

Pada masa sama, DBKL berkata, tiga kompaun dikeluarkan di bawah Seksyen 47(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 serta dua kompaun di bawah Seksyen 23(3)(b).

Katanya, tiga kompaun di bawah Seksyen 33(3) UUK Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 turut dikeluarkan kepada pihak operator.

“DBKL juga akan merujukkan kes ini kepada Jabatan Agama Islam, Jabatan Alam Sekitar serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk tindakan susulan,” katanya. – 2 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related