Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1709477111:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 190
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 173868
        )

    [_stopmodifiedupdate] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_modified_date] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:128:"Kemalangan berpunca daripada Toyata Hilux yang menukar lorong secara tiba-tiba menyebabkan pemandu bas tidak sempat menekan brek";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => bas terbabas
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Pemandu dan seorang penumpang cedera parah dalam nahas melibatkan sebuah bas ekspres dan kenderaan pacuan empat roda di Lebuhraya Ipoh-Lumut
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 63
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750081401";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:13;i:2;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749974570";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:12;i:1;i:8;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750081401
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Dua parah, 19 cedera bas ekspres terbabas ke dalam parit | Scoop

Dua parah, 19 cedera bas ekspres terbabas ke dalam parit

Kemalangan berpunca daripada Toyata Hilux yang menukar lorong secara tiba-tiba menyebabkan pemandu bas tidak sempat menekan brek

10:21 PM MYT

 

IPOH – Pemandu dan seorang penumpang cedera parah dalam nahas melibatkan sebuah bas ekspres dan kenderaan pacuan empat roda di Lebuhraya Ipoh-Lumut dekat Changkat Cermin, Manjung, kira-kira 62 kilometer dari sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, bas ekspres dalam perjalanan dari Lumut ke Ipoh itu terbabas ke dalam parit di bahu jalan.

Nahas tersebut membabitkan 22 mangsa iaitu pemandu bas berusia 41 tahun, 20 penumpang berusia antara 17 hingga 63 tahun dan pemandu Toyota Hilux berusia 63 tahun.

Katanya, seorang penumpang bas dan pemandu bas cedera parah manakala 19 penumpang dan pemandu kereta Toyota Hilux cedera ringan.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berkaitan kejadian pada pukul 5.38 petang.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian kemalangan melibatkan Toyota Hilux dan sebuah bas ekspres yang terbabas ke dalam parit di bahu jalan.

“Tiada mangsa yang tersepit, bagaimanapun terdapat dua mangsa iaitu pemandu lelaki bas ekspres dan seorang penumpang wanita mengalami kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Sabarodzi, anggota bomba turut memberi perawatan awal kepada mangsa yang mengalami kecederaan parah dengan dibantu pegawai perubatan.

Kemalangan yang berlaku pada pukul 5.38 petang tadi menyebabkan dua mangsa iaitu pemandu lelaki bas ekspres dan seorang penumpang wanita mengalami kecederaan parah. – Gambar ihsan Bomba Perak, 3 Mac, 2024

“Pemandu Toyota Hilux hanya mengalami kecederaan ringan dan kedua-dua mangsa yang parah kemudiannya dihantar ke Hospital Seri Manjung menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Manjung dan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM).

“Semua mangsa yang mengalami kecederaan ringan turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 7.17 malam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung,  Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, siasatan awal mendapati Toyota Hilux yang juga dari Lumut menuju ke Ipoh menukar lorong secara melulu.

“Kenderaan Toyota Hilux berada di lorong kanan sebelum mengubah haluan ke kiri secara tiba-tiba untuk ke lorong kiri (ke arah laluan bas ekspres).

“Tindakan itu menyebabkan pemandu bas ekspres tidak sempat menekan brek lalu gagal mengawal kenderaan dan kemudian terbabas,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – 3 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

No forced eviction of Pasir Panjang Ulu farmers, process was legal: Perak MB

Datuk Seri Saarani Mohamad said the process was carried out legally, adding that MB Inc held a series of direct negotiations with the farm operators since 2021, in addition to offering ex-gratia at a reasonable rate. 

Related