Keputusan rayuan kes Isa Samad esok

Sebelum ini, mahkamah menetapkan 31 Jan lepas untuk menyampaikan keputusan berhubung rayuan itu

2:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keputusan rayuan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad terhadap sabitan dan hukuman bagi sembilan pertuduhan rasuah berkaitan pembelian sebuah hotel di Sarawak akan diketahui esok.

Keputusan itu dijangka diumumkan oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M.Komathy Suppiah pada 9 pagi.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan 31 Jan lepas untuk menyampaikan keputusan berhubung rayuan itu namun tarikh tersebut telah dilapangkan dan ditangguh sehingga esok.

Pada 3 Feb 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Mohd Isa, 73, bersalah atas semua pertuduhan rasuah membabitkan RM3.09 juta dalam pembelian Merdeka Palace Hotel& Suites di Kuching, Sarawak oleh Felda.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Tingkat 49 Menara Felda, Platinum Park, No 11 Persiaran KLCC di sini antara 21 Julai 2014 dan 11 Dis 2015.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menjatuhi hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan dan denda RM15.45 juta, atau penjara 18 tahun jika gagal membayar denda itu, ke atas Mohd Isa. 

Bagaimanapun, Mohd Isa hanya perlu menjalani hukuman penjara selama enam tahun apabila mahkamah memerintahkan kesemua hukuman penjara berjalan serentak. 

Mohd Isa, yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, telah memfailkan notis rayuan pada 4 Feb 2021.

Beliau bebas dengan jaminan sebanyak RM1.5 juta dan dikehendaki melaporkan diri di balai polis berdekatan pada setiap 1 hari bulan hingga rayuan selesai. – 5 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

Mount Ruang eruption: MAS, AirAsia, Batik Air cancel flights between KL and Sabah, S’wak

Multiple flights between KL and both Sabah as well as Sarawak have been cancelled following the eruption of Mount Ruang in Indonesia.

Related