Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1709782588:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 367
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-140984
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:87:"Sasaran sekurang-kurangnya 30% pemilikan ekuiti korporat bumiputera masih belum dicapai";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => kemiskinan
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Masih wujud jurang sosioekonomi antara etnik di negara ini dengan peratusan insiden kemiskinan mutlak bumiputera adalah yang tertinggi iaitu
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 73
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 175144
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749443435";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:4;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749898843";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:11;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749898843
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-140984
        )

)
Kemiskinan mutlak bumiputera tertinggi di negara ini: Rafizi | Scoop

Kemiskinan mutlak bumiputera tertinggi di negara ini: Rafizi

Sasaran sekurang-kurangnya 30% pemilikan ekuiti korporat bumiputera masih belum dicapai

11:14 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Masih wujud jurang sosioekonomi antara etnik di negara ini dengan peratusan insiden kemiskinan mutlak bumiputera adalah yang tertinggi iaitu 7.9% berbanding Cina (1.9%) dan India (5.4%) pada tahun 2022.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, untuk tahun yang sama, kadar peratusan pengangguran bumiputera pula adalah sebanyak empat peratus berbanding Cina (3.1%) dan India (4.8%).

Menurut beliau, jumlah penganggur bumiputera adalah yang paling tinggi iaitu seramai 387,800 atau 61.5% daripada 630,400 penganggur berdasarkan Laporan Survei Tenaga Buruh (LFS) 2022.

“Pemilikan ekuiti korporat bumiputera mencatatkan pencapaian 18.4% pada 2020, berbanding bukan bumiputera sebanyak 29.5%. Sasaran sekurang-kurangnya 30% pemilikan ekuiti korporat bumiputera masih belum dicapai.

“Berdasarkan kedudukan semasa sosioekonomi bumiputera, Kerajaan Perpaduan bertekad untuk menstruktur semula ekonomi ke arah Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia dan memastikan rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih bermutu selaras dengan kerangka Ekonomi Madani,” katanya ketika pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) mengenai hala tuju dan pendekatan baharu yang sedang dirangka kerajaan hasil daripada Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 bagi melonjakkan tahap sosioekonomi bumiputera.

Rafizi berkata, dalam hal tersebut, kerajaan beriltizam untuk meneruskan agenda pemerkasaan bumiputera sebagai agenda nasional.

Malah katanya, di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12), sebanyak lima strategi, 12 inisiatif dan 35 tindakan yang berkaitan agenda bumiputera telah digariskan ke arah mencapai hasil yang saksama untuk golongan itu.

“Pelan jangka panjang agenda baharu pemerkasaan bumiputera yang lebih segar dan inklusif tanpa meminggirkan peranan oleh semua etnik di Malaysia ini akan dirangka untuk tempoh 10 tahun yang akan datang dan dijangka diluncurkan pada Jun 2024 termasuk usaha bagi melonjakkan lagi tahap sosioekonomi bumiputera menerusi pelbagai bidang dan sektor agar terus berdaya saing.

“Kerajaan juga akan memberi fokus kepada usaha pemerkasaan dan pengupayaan golongan pertengahan bumiputera yang mampu mencipta nilai kepada ekonomi dengan membina perniagaan dan meningkatkan pendapatan berbanding hanya menambah nilai kepada ekonomi atau bergantung harap kepada pekerjaan bergaji tetap semata-mata,” katanya.

Beliau menambah, usaha lain dalam memperkasakan bumiputera termasuk mengukuhkan daya saing dalam pelbagai bidang dan sektor, meningkatkan penskalaan, membangunkan bakat, meningkatkan pendapatan dan menoktahkan kemiskinan tegar.

“Fokus turut diberikan kepada penghayatan dan falsafah bumiputera, pengukuhan penyampaian perkhidmatan dan peningkatan penyertaan syarikat swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat berkaitan pelaburan kerajaan (GLIC),” katanya. – 7 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

No forced eviction of Pasir Panjang Ulu farmers, process was legal: Perak MB

Datuk Seri Saarani Mohamad said the process was carried out legally, adding that MB Inc held a series of direct negotiations with the farm operators since 2021, in addition to offering ex-gratia at a reasonable rate. 

Related