Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1709785475:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 297
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 175169
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:110:"PAC juga akan memanggil bekas Pengerusi, bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan bekas Pengarah Kanan Strategik LTAT";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => LTAT
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak menolak untuk memanggil Menteri Pertahanan susulan laporan mengenai rizab Lembaga Tabung
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 58
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749510658";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:23;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749648494";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:13;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749648494
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
PAC bimbang kedudukan kewangan LTAT, akan panggil Menteri Pertahanan | Scoop

PAC bimbang kedudukan kewangan LTAT, akan panggil Menteri Pertahanan

PAC juga akan memanggil bekas Pengerusi, bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan bekas Pengarah Kanan Strategik LTAT

12:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak menolak untuk memanggil Menteri Pertahanan susulan laporan mengenai rizab Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang berbaki negatif, sekali gus menimbulkan persoalan kemampuannya membayar dividen kepada pencarum.

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, PAC amat bimbang dengan kedudukan kewangan LTAT seperti dinyatakan di dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) bagi Penyata Kewangan Agensi Persekutuan 2022 yang dibentangkan di Dewan Rakyat.

“Walaupun Ketua Audit Negara dalam pembentangan itu menyenaraikan tiga agensi yang perlu diberikan perhatian oleh PAC untuk dipanggil bagi prosiding iaitu Felda, LTAT dan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) berikutan terdapat masalah dalam Penyata Kewangan Tahun 2022, PAC telah membuat keputusan untuk memanggil LTAT terlebih dahulu.

“Prosiding LTAT ini akan diadakan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri dan PAC akan memanggil semua pihak yang berkaitan LTAT termasuk tiga pengurusan tertinggi LTAT yang meletakkan jawatan iaitu bekas Pengerusi, bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan bekas Pengarah Kanan Strategik LTAT.

“Jawatankuasa ini juga tidak menolak untuk memanggil Menteri Pertahanan selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap LTAT memandangkan isu ini amat kritikal membabitkan 122,935 pencarum sehingga 13 Mac 2023 yang terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pembentangan LKAN semalam mendapati, LTAT berdepan risiko kecairan tunai pada masa akan datang susulan tindakannya tidak membuat penjejasan nilai pelaburan dan melakukan pembayaran dividen kepada pencarum berasaskan keuntungan bukan tunai.

LTAT tidak membuat penjejasan nilai terhadap pelaburan dalam Boustead Holdings Berhad yang berjumlah RM0.768 bilion dan Pharmaniaga Berhad dengan jumlah RM0.044 bilion.

Ia menyebabkan untung bersih dan pelaburan dalam syarikat subsidiari terlebih nyata berjumlah RM0.812 bilion dan pada masa sama, LKAN turut mendapati rizab lembaga tersebut berbaki negatif sejak 2020 sebanyak RM0.338 bilion.

Mas Ermieyati menambah, untuk dua lagi agensi iaitu Felda dan PR1MA, PAC akan membuat keputusan selepas prosiding LTAT.

Katanya, berhubung prosiding-prosiding PAC yang sedang berlangsung, dalam mesyuarat pertama sidang Parlimen ini, jawatankuasa akan membentangkan lagi enam laporan iaitu Laporan UiTM Holdings Sdn. Bhd; Laporan Pengurusan Pembangunan Hartanah Lembaga Pembangunan Langkawi; Laporan Program Ramalan dan Amaran Banjir dan Laporan Pengurusan Naik Taraf dan Pembangunan Semula Bangunan Daif di Sekolah.

Laporan lain adalah Laporan Tindakan Susulan Pengurusan Wabak Covid-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan Lebihan Personel Protective Equipment (PPE); serta Laporan Tindakan Susulan Terimaan dan Bayaran Obligasi Sosial Perjanjian Konsesi Pengurusan Industri Padi dan Beras Negara.

“Ini selepas jawatankuasa ini membentangkan Laporan Tindakan Susulan Pegawai Pengawal terhadap syor Laporan Kemajuan Projek Pembangunan
Kapal Peronda Generasi Kedua – Littoral Combat Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia bagi tempoh Oktober 2022 hingga Mei 2023 (DR.6/2023)
dan Jun Hingga September 2023 (DR.13/2023) pada 29 Februari 2024.9.

“Pembentangan semua laporan itu menjadikan jumlah laporan PAC yang dibentangkan adalah sebanyak tujuh laporan iaitu empat laporan PAC dan tiga laporan tindakan susulan,” katanya. – 7 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

Related