Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1709875905:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_oembed_0a5fa61b54fa80afb30224979400ac61] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_oembed_time_0a5fa61b54fa80afb30224979400ac61] => Array
        (
            [0] => 1709875890
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 505
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 175526
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99398
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:100:"Walaupun berdepan siasatan SPRM, beliau tidak menganggap ia sebagai satu ancaman, sebaliknya cabaran";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Mirzan Mahathir
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Mirzan Mahathir, anak sulung kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad percaya perkembangan mutakhir ini memberikan peluang
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 58
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749458495";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:8;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749648194";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:13;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749648194
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_stopmodifiedupdate] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_modified_date] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99398
        )

)
Saya bukan ahli politik, hanya dilahirkan dalam keluarga terkenal: Mirzan Mahathir | Scoop

Saya bukan ahli politik, hanya dilahirkan dalam keluarga terkenal: Mirzan Mahathir

Walaupun berdepan siasatan SPRM, beliau tidak menganggap ia sebagai satu ancaman, sebaliknya cabaran

9:45 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mirzan Mahathir, anak sulung kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad percaya perkembangan mutakhir ini memberikan peluang kepadanya untuk membuktikan diri sendiri.

Ahli perniagaan berusia 65 tahun itu melihat setiap tuduhan bukan sebagai ancaman sebaliknya satu cabaran – peluang untuk mengukuhkan wataknya dan menempa legasinya.

Terdahulu, bulan lepas, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa SPRM telah memberikan lanjutan 30 hari kepada Mirzan untuk mengisytiharkan asetnya.

Mirzan ditemui oleh Scoop di Pusat Tenis Kebangsaan selepas sidang media Jelajah Tenis Wanita Dunia, di mana beliau mengesahkan Malaysia mendapat hak penganjuran untuk kali ketiga berturut-turut.

Menurut Mirzan, beliau mendapati dirinya berada dalam keadaan yang tidak disangkakan dan menegaskan beliau adalah seorang ahli perniagaan, bukan ahli politik.

Bagaimanapun, disebabkan nama keluarganya, Mirzan percaya beliau menjadi tumpuan untuk sesuatu yang tidak diingini.

Sebagai anak sulung Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar), Mirzan percaya dia telah diheret dalam tumpuan yang tidak diingini, sambil menegaskan beliau adalah seorang ahli perniagaan bukan ahli politik. – Sairien Nafis/Scoop, 8 Mac, 2024

“Saya okay, saya cuma perlu mengambil langkah (siasatan SPRM). Bukan hanya saya, tetapi di Malaysia, setiap orang berdepan dengan cabaran. Hidup adalah satu cabaran dan saya perlu menerima serta mengatasinya. Saya telah berusaha sebaik mungkin untuk melaluinya.

“Ia bukan satu pilihan dan saya dalam keluarga yang selalu mendapat tumpuan. Saya tidak pernah menjadi ahli mana-mana parti politik malah ia bukan sesuatu yang menarik minat saya sama sekali.

“Apa yang mahu lakukan ialah perniagaan, dan saya rasa ada persepsi mengenai campur tangan yang lain, tapi saya dengan jelas mengelakkannya kerana saya tahu di mana saya berdiri serta batasannya tetapi yang penting ia tidak melepasi garis sempadan tersebut.

“Persepsi adalah sesuatu yang tidak boleh saya kawal namun saya perlu hidup dengannya. Apa yang boleh saya lakukan? Bagi saya, saya cuma buat kerja saya. Saya menjadi ketua dan mengetuai banyak syarikat, ramai yang bergantung kepada perniagaan itu.

“Saya perlu melakukan yang terbaik, bukan pada diri saya sahaja sebaliknya mereka juga. Mereka juga mahu menyara keluarga dan mencari wang justeru saya perlu membantu.

“Saya perlu melakukan perkara yang betul dan menjadikan mereka berjaya, berkembang serta menjadi lebih baik dan memastikan mereka mempunyai pekerjaan dalam syarikat, agar mereka tidak perlu bimbang mengenai bila gaji mereka akan masuk. Inilah yang saya cuba lakukan kepada mereka yang percayakan saya dan saya mempunyai tanggungjawab, dan itulah saya,’’ kata Mirzan.

Mirzan, yang juga presiden Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) berkata, sepanjang terlibat dalam bidang perniagaan, beliau sentiasa memastikan keutamaannya adalah menyumbang kepada masyarakat.

Keluarga memainkan peranan utama, mendorongnya untuk bekerja dengan dedikasi bagi menjamin kesejahteraan, dengan menyatakan bahawa sokongan yang tidak berbelah bahagi telah mengukuhkan peranan penting dalam hidupnya.

Mirzan yang juga presiden Persatuan Lawn Tenis Malaysia berjaya membawa Malaysia mendapatkan hak penganjuran Jelajah Tenis Wanita Dunia untuk kali ketiga berturut-turut. – Azim Rahman/Scoop, 8 Mac, 2024

“Saya juga berpendapat apabila kita berada di Malaysia, kita dapat memanfaatkan daripada persekitaran yang ada. Ia juga terpakai kepada polisi kerajaan serta orang ramai dan saya percaya jika saya mendapat manfaat daripadanya, saya perlu menyumbang semula kepada masyarakat serta sentiasa mencari jalan untuk menyumbang kepada kebaikan negara.

“Jadi, saya sentiasa terlibat dalam aktiviti awam. Saya pernah menjadi ketua di Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) dan juga di institusi lain yang memacu untuk menjana perbincangan mengenai ekonomi serta membantu kita (rakyat Malaysia) untuk maju serta berkembang sebagai negara membangun.

“Saya juga terlibat dalam beberapa yayasan yang membantu pelbagai sektor. Dari segi keseimbangan kerja dan kehidupan, saya sentiasa cuba mengimbangi hidup saya seberapa banyak yang boleh dan ia bukan sesuatu yang mudah.

“Saya mungkin kelihatan seperti banyak terlibat dengan tenis, namun saya lebih menumpukan kepada perniagaan. Saya mematuhi prinsip-prinsip perniagaan dan juga memberi tumpuan kepada cadangan nilai perniagaan serta memberikan yang terbaik untuk pelanggan saya kerana kelestarian perniagaan adalah penting dalam zaman ini.

“Masyarakat berusaha untuk mempunyai tahap integriti yang tinggi, dan adalah penting untuk mempunyai nilai-nilai ini serta membinanya dalam diri kita,” tambah Mirzan.

Mirzan dipilih sebagai Presiden LTAM pada 2015, mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Abdul Razak Latiff. – 8 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

No forced eviction of Pasir Panjang Ulu farmers, process was legal: Perak MB

Datuk Seri Saarani Mohamad said the process was carried out legally, adding that MB Inc held a series of direct negotiations with the farm operators since 2021, in addition to offering ex-gratia at a reasonable rate. 

Related