Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1709886930:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 177
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 175688
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:119:"SPRM memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara profesional, telus dan adil bagi memastikan tiada pihak teraniaya";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => SPRM
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => SPRM memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara profesional, telus dan adil bagi memastikan tiada pihak teraniaya
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 51
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749551458";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:10;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749551458
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
SPRM sedia siasat dakwaan pegawai bocor maklumat siasatan, tapi… | Scoop

SPRM sedia siasat dakwaan pegawai bocor maklumat siasatan, tapi…

SPRM memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara profesional, telus dan adil bagi memastikan tiada pihak teraniaya

4:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia menyiasat dakwaan pihak tertentu membabitkan pegawainya yang membocorkan maklumat kepada mana-mana pihak termasuk media.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, bagaimanapun berdasarkan rekod SPRM, belum ada laporan polis dibuat berhubung perkara itu kerana dakwaan tersebut terlalu umum.

“Dalam menjalankan sesuatu penyiasatan di SPRM, banyak pihak akan terlibat dalam proses siasatan atas kapasiti sebagai suspek, saksi, pihak mahkamah, peguam dan pemberita semasa proses permohonan reman dibuat.

“Siasatan SPRM dimana-mana premis juga sering menjadi perhatian umum, justeru pelbagai pihak yang berkenaan semasa penyiasatan tersebut berlaku juga mempunyai pengetahuan berkaitan siasatan tersebut,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) sama ada laporan polis sudah dibuat, serta apa tindakan kerajaan berkaitan kebocoran maklumat kepada media melalui ‘sumber’ yang sering berlaku di SPRM kerana menimbulkan persoalan mengenai integriti SPRM sendiri.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, susulan itu agak sukar untuk mengesahkan atau menuduh mana-mana pihak sebagai terlibat dalam sebarang pembocoran maklumat berkaitan dengan sesuatu siasatan.

Katanya, pegawai SPRM sudah semestinya akan mengawal segala maklumat berkait sesuatu penyiasatan bagi mengelakkan maklumat tersebut terdedah kepada pihak tidak berkaitan dan boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.

“Bagi kes salah laku yang tidak bersifat jenayah terhadap pegawai SPRM, ianya akan dirujuk kepada Jawatankuasa Aduan yang ditubuhkan di bawah Seksyen 15 Akta SPRM [Akta 694].

“Kes jenayah melibatkan pegawai-pegawai pula, ia akan dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala kes berkaitan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan akan disiasat oleh SPRM kerana ia adalah di bawah bidang kuasa SPRM,” katanya.

Tegasnya lagi, dalam perkara itu, SPRM memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara profesional, telus dan adil bagi memastikan tiada pihak teraniaya.

Sebelum ini, Wan Saiful pernah menggesa SPRM mengambil tanggungjawab dengan membuat laporan kepada polis sekiranya berlaku kebocoran maklumat siasatan agensi itu kepada media jika benar perkara itu tiada kaitan dengan pihaknya.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu juga berkata, tindakan tersebut perlu diambil bagi membuktikan tidak wujud sebarang kebocoran ‘terpilih’.

Selain Wan Saiful, Pengerusi Pertubuhan Aspirasi Wanita Malaysia (Aswa), Wan Azliana Wan Adnan dilapor menegaskan sebarang siasatan dijalankan SPRM sepatutnya tidak boleh diuar-uarkan kepada media selagi belum selesai.

Justeru katanya, isu kebocoran maklumat siasatan oleh agensi itu memerlukan siasatan dalaman secara menyeluruh bagi memastikan tiada isu ‘komplot’. – 8 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related