Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1709967079:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 176035
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:84:"Daripada jumlah itu, sebanyak 182 menara telah siap dibina setakat suku keempat 2023";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Teo Nie Ching
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Pembinaan 287 menara telekomunikasi baharu di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) di Johor akan membantu capaian Internet selular
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 51
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 165
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748472940";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:22;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748084078";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:12;i:1;i:10;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748472940
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Pembinaan 287 menara telekomunikasi di Johor bantu capaian internet 100% | Scoop

Pembinaan 287 menara telekomunikasi di Johor bantu capaian internet 100%

Daripada jumlah itu, sebanyak 182 menara telah siap dibina setakat suku keempat 2023

2:51 PM MYT

 

SEGAMAT – Pembinaan 287 menara telekomunikasi baharu di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) di Johor akan membantu capaian Internet selular sebanyak 100 peratus di negeri ini. 

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata daripada jumlah itu, sebanyak 182 menara telah siap dibina setakat suku keempat 2023.

“Baki selebihnya masih dalam fasa pembinaan dan dijangka siap serta mula beroperasi sepenuhnya pada 2025. Seperti hari ini, kita adakan tinjauan di menara telekomunikasi di Kampung Krishna, Jementah yang mula dibina pada suku kedua 2023 dan telah siap dibina oleh pihak Celcom Berhad pada awal 2024.

“Menara ini boleh digunakan bermula 28 Feb lepas bagi pengguna CelcomDigi, manakala pengguna Maxis pada 7 Mac dan U-Mobile semalam, jadi dengan siapnya menara telekomunikasi berkenaan dianggarkan sebanyak 100 penduduk di Kampung Krishna dan kawasan sekitarnya seperti Kampung Paya Jakas dan Pekan Jementah berpeluang menikmati perkhidmatan Internet berkelajuan tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Jementah, Segamat bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Segamat Yuneswaran Ramaraj, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jementah Ng Kor Sium dan Pengarah MCMC Johor Mohamad Rizal Ahmad.

Dalam pada itu, Teo berkata sebanyak 4,701 menara telah dinaik taraf kepada 4G/LTE, manakala 16 menara masih dalam proses naik taraf dan dijangka siap serta beroperasi pada 2025.

“Setakat ini, liputan 4G/LTE secara keseluruhan di negeri Johor ialah 99.16 peratus, manakala bagi kawasan Parlimen Segamat, setakat tempoh sama capaian liputan Internet selular bagi kawasan berpenduduk sebanyak 97.84 peratus.

“Di seluruh Johor memang ada tempat yang masih ada isu liputan Internet. Sebagai contoh, kawasan Sengkang Lengga dan Kampung Gelang Cincin di Kulai pun masih ada menara yang kita baru hendak bangunkan. 

” … kebanyakan memang di kawasan pedalaman, Felda atau kampung, bagaimanapun lokasi berkenaan akan dibantu melalui projek Jendela yang dibayar MCMC,” katanya. – 9 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Photo of the day: Hands on with work and family

Tailor Nora Ronas works overtime to meet customers’ orders for new “baju raya” ahead of Hari Raya Aidilfitri in about two minggu. With many jam spent at work, she keeps her children close by at her shop in Keramat Mall.

Nervous Nur Izzuddin ties the knot

National men’s doubles shuttler, Nur Izzuddin Rumsani, bid farewell to his bachelorhood as he married the love of his life, Mawar Mutiara, in a ceremony last night. 

MSSSC denies violence allegations amid Gurdwara Cup drama

Acknowledging that while there was verbal altercation, no physical violence occurred, asserts council president

Related