Mesin layan diri jual alkohol boleh atasi dilema pekerja beragama Islam

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dicadang ewujudkan garis panduan baharu supaya kedai serbaneka menggunakan mesin layan diri untuk menjual minuman beralkohol

8:01 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya kedai serbaneka atau pasar raya menggunakan mesin layan diri untuk menjual minuman beralkohol, dilihat mampu mengatasi dilema dihadapi pekerja beragama Islam di premis berkenaan.

Bercakap kepada Scoop, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, dilema itu termasuk dalam mencari nafkah untuk diri dan keluarga serta kebimbangan mereka melakukan perbuatan yang berdosa dan dikutuk Allah SWT.

“Cadangan Ahli Parlimen Pulai (Suhaizan Kaiat) itu memang baik. Jika ia dilaksanakan akan membantu mengatasi dilema yang dihadapi pekerja beragama Islam selama ini.

“Di dalam sebuah hadis sahih dilaporkan bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya, Allah SWT melaknat arak dan mereka yang terlibat dengannya termasuk penjualnya, pembelinya, pembawanya dan pelayannya.

“Justeru orang Islam wajib berhati-hati supaya tidak termasuk dalam kalangan mereka yang terlibat dengan arak baik secara langsung atau tidak langsung,” katanya hari ini.

Cadangan Ahli Parlimen Pulai (Suhaizan Kaiat) itu dianggap baik dan jika ia dilaksanakan akan membantu mengatasi dilema yang dihadapi pekerja beragama Islam selama ini. – Gambar hiasan Unsplash, 10 Mac, 2024

Terdahulu Suhaizan mencadangkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mewujudkan garis panduan baharu supaya kedai serbaneka menggunakan mesin layan diri untuk menjual minuman beralkohol.

Beliau melahirkan kebimbangannya melihat umat Islam yang terpaksa bekerja di rangkaian kedai serbaneka dan mengendalikan penjualan produk tersebut.

Susulan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Zulkifli Hasan berkata, Jakim mengalu-alukan cadangan berkenaan.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa menerima idea-idea tambahan yang boleh membantu menangani kebimbangan umat Islam yang terpaksa mengendalikan minuman beralkohol di tempat kerja, yang dianggap sebagai haram dalam Islam.

Selain itu Wan Salim berkata, pegawai keselamatan khas boleh ditempatkan di lokasi sekiranya wujud kebimbangan bahawa penggunaan mesin layan diri itu akan memudahkan arak dibeli secara bebas.

“Malah pihak berkuasa termasuk polis juga boleh diminta untuk memantau mesin tersebut supaya tiada orang beragama Islam menggunakannya. 

“Pihak penguat kuasa hendaklah memantau premis-premis yang menyediakan kemudahan ini secara berkala,” katanya.

Sementara itu bekas mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, adalah sebaik-baiknya minuman beralkohol tidak dijual secara terbuka di mana-mana premis kerana Malaysia sebuah negara Islam.

“Bila tidak boleh dijual secara terbuka, maka tidak perlulah ada mesin layan diri, letaklah minuman itu di tempat tersorok, itu lebih selamat.

“Kita tidak ada satu jalan untuk menghalalkan benda yang haram, haram tetap haram. Kalau ada mesin layan diri pun, kalau ada orang Islam yang beli, tetap haram juga,” katanya.

Beliau berkata, pihak berkuasa juga perlu lebih berani dalam menjaga kesucian agama.

“Kita tak boleh nak halang orang bukan Islam minum arak, itu minuman mereka, tetapi dalam hukum syarak sebuah negara Islam, tidak boleh jual atau minum di tempat terbuka.

“Yang bekerja pula, majikan perlu tahulah bagi pekerja beragama Islam tidak boleh memegang, menjual mahupun menguruskan minuman beralkohol. Kita perlu tegas dalam hal ini,” katanya. – 10 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Leaked gas vapours easily ignited, leading to massive explosion in Putra Heights: fire expert

KUALA LUMPUR – The gas pipeline fire in Putra Heights, Subang Jaya, today is believed to have been caused by a “boiling liquid expanding vapour explosion” (BLEVE), according to a retired senior...

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related