Kurikulum tidak terjejas sesi persekolahan kembali ke Januari 2026: Azman Adnan

Jumlah hari persekolahan akan kembali seperti biasa iaitu 190 hari setahun sekiranya sesi kembali kepada asal

1:29 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Kurikulum sekolah pada tahun ini tidak akan terjejas berikutan langkah untuk mengembalikan semula sesi baharu persekolahan kepada Januari pada 2026.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, ibu bapa diminta untuk tidak berasa bimbang dengan penyusunan semula jadual sesi persekolahan yang dilaksanakan.

“Apabila kita menjajarkan sesi persekolahan untuk pastikan boleh kembali kepada sesi persekolahan Januari sehingga Disember, kurikulum kita tidak terjejas.

“Ia dilaksanakan seperti biasa cuma mungkin ada perubahan sedikit berkaitan tempoh cuti penggal persekolahan yang kita pendekkan,” katanya pada sidang media selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail di sini hari ini.

Azman berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada sesi persekolahan tahun ini akan padat memandangkan sesi persekolahan akan kembali bermula Januari pada 2026.

Katanya, jumlah hari persekolahan akan kembali seperti biasa iaitu 190 hari setahun sekiranya sesi persekolahan kembali kepada asal.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sebelum ini berkata, sesi baharu persekolahan akan kembali diawalkan pada Januari bermula 2026 dan berikutan itu kawalan terhadap kalendar akademik persekolahan bagi sesi 2024/2025 pada Februari 2025 dilaksanakan. – 10 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related