Pengundian semula Pemilu 2024 di Kuala Lumpur berjalan lancar, terkawal

Proses pengundian semula melibatkan 22 Tempat Pemungutan Suara (TPS) dan 120 KSK atau peti undi bergerak

11:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Proses pengundian semula Pilihan Raya Umum Indonesia (Pemilu 2024) bagi seluruh kawasan Kuala Lumpur yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, pada Ahad, berlangsung dengan lancar dan dalam keadaan terkawal.

“Lancar, tidak ada gaduh-gaduh dan lebih lengang-lengang sepi,” menurut sumber Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur. 

Katanya, kira-kira 6,000 pengundi hadir untuk proses pengundian semula itu.

“Namun jumlah sebenar pengundi yang hadir di WTC hanya akan diketahui oleh penganjur proses pengundian semula Pemilu 2024 di Kuala Lumpur iaitu KPU (Komisi Pemilihan Umum),” katanya ketika dihubungi Bernama. 

Pusat mengundi di WTC bagi warga Indonesia di perantauan sempena Pemilu 2024 merupakan yang terbesar di dunia.

Proses pengundian semula melibatkan 22 Tempat Pemungutan Suara (TPS) dan 120 KSK atau peti undi bergerak.

Antara yang mengundi pada proses pengundian semula hari ini ialah Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Hermono.

Bernama pada Sabtu melaporkan Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur dalam satu hantaran di laman Facebooknya memaklumkan ia telah menerima pemberitahuan rasmi dari KPU Pusat Jakarta untuk mengadakan proses pengundian semula Pemilu 2024 bagi seluruh kawasan Kuala Lumpur.

Laporan media Indonesia menyatakan pengundian semula itu melibatkan 62,217 pengundi berdaftar terdiri daripada 42,372 individu yang akan mengundi di WTC dan 19,845 individu melalui peti undi bergerak di 120 lokasi.

Pengundian semula dilakukan selepas Polis Indonesia mendapati terdapat unsur jenayah pelanggaran pilihan raya membabitkan manipulasi data dan pemalsuan yang dilakukan oleh tujuh Panitia Pemilihan Luar Negeri Kuala Lumpur. – 10 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

Related