Motac pergiat 5 langkah tarik pelancong asing

Kementerian itu juga menyasarkan 27.3 juta pelancong dengan pendapatan berjumlah RM127 bilion tahun ini, berbanding 20.1 juta pelancong dengan pendapatan RM71.3 bilion direkodkan tahun lalu

2:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) menyasarkan bilangan ketibaan pelancong asing ke Malaysia pada tahun ini mencecah 27.3 juta orang, dengan pendapatan berjumlah RM127 bilion.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, bagi 2023, jumlah ketibaan pelancong direkodkan adalah seramai 20.1 juta dengan pendapatan RM71.3 bilion.

“Bagi 2025, 31.4 juta pelancong (disasar) dengan pendapatan pelancongan berjumlah RM125.5 bilion.

“Bagi Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 pula, Motac menyasarkan 35.6 juta pelancong dengan pendapatan pelancongan berjumlah RM147.1 bilion,” katanya pada sesi Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, bagi mencapai sasaran itu, Motac giat melaksanakan lima program dan langkah untuk menarik lebih ramai pelancong asing melawat Malaysia.

Usaha pertama, katanya, menjayakan kempen TMM 2026 yang menjadi agenda negara dalam pelancongan, dengan memerlukan sokongan padu daripada kerajaan negeri, penggiat industri pelancongan tempatan serta sokongan rakyat dalam mebuat persiapan rapi untuk menerima kedatangan lebih ramai pelancong asing ke negara ini,

Menurutnya, usaha kedua adalah Motac melalui agensi seliaannya, Tourism Malaysia akan meneruskan penyertaan aktif dalam pameran pelancongan antarabangsa seperti, Worlf Travel Market (WTM) London, Arabian Travel Market (ATM) Dubai, Asean Tourism Forum (ALF) dan beberapa acara merangkumi pasaran utama seluruh dunia.

Meningkatkan kerjasama dengan syarikat penerbangan dalam meluaskan rangkaian perjalanan terus dari pasaran utama ke Malaysia antara lima langkah Motac untuk menarik kehadiran pelancong asing. – Gambar Scoop, 11 Mac, 2024

“Ini adalah penting bagi memastikan penjenamaan Malaysia Truly Asia akan kekal menjadi pilihan pelancong seluruh dunia, lebih-lebih lagi memandangkan negara pesaing sentiasa agresif mempromosikan destinasi masing-masing di pameran pelancongan utama tersebut,” katanya.

Khairul Firdaus berkata, usaha ketiga Motac adalah bekerjasama dengan kerajaan negeri melalui pejabat pelancongan dengan menyokong usaha menganjuran kempen Tahun Melawat Negeri (TMN) yang dirancang

“Setakat ini empat negeri sudah mengumumkan kempen TMN pada 2024, iaitu Melaka, Perlis, Kelantan dan Perak,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, usaha keempat adalah meningkatkan kerjasama dengan syarikat penerbangan dalam meluaskan rangkaian perjalanan terus dari pasaran utama ke Malaysia dan seterusnya, menyumbang kepada peningkatan kedatangan pelancong antarabangsa ke negara ini.

“Usaha terakhir adalah program bersama media dan agensi pelancongan bagi memberi pengalaman serta pendedahan terhadap produk dan destinasi pelancongan baharu,” katanya. – 11 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Leaked gas vapours easily ignited, leading to massive explosion in Putra Heights: fire expert

KUALA LUMPUR – The gas pipeline fire in Putra Heights, Subang Jaya, today is believed to have been caused by a “boiling liquid expanding vapour explosion” (BLEVE), according to a retired senior...

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related