Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1710232105:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 225
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 177152
        )

    [_stopmodifiedupdate] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_modified_date] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-124856
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:132:"Di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977, tiada hukuman punitif terhadap golongan mengeksploitasi kekurangan diri untuk menjana kemewahan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => OKU X70
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Lelaki yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) yang memiliki kereta Proton X70 hasil duit mengemis tidak lagi menerima Elaun Pekerja OKU daripada
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 71
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752192715";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:0;i:1;}}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751688836";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:4;i:2;}}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751787488";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:7;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752192715
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-124856
        )

)
Bayaran elaun RM450 sebulan diterima OKU miliki X70 dihentikan bulan ini: Noraini | Scoop

Bayaran elaun RM450 sebulan diterima OKU miliki X70 dihentikan bulan ini: Noraini

Di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977, tiada hukuman punitif terhadap golongan mengeksploitasi kekurangan diri untuk menjana kemewahan

4:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lelaki yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) yang memiliki kereta Proton X70 hasil duit mengemis tidak lagi menerima Elaun Pekerja OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, elaun sebanyak RM450 sebulan itu sudah dihentikan bulan ini.

“Berdasarkan siasatan (memang) betul, lelaki yang diviralkan itu adalah penerima bantuan Elaun Pekerja OKU yang menerima RM450.

“Ada beberapa tindakan telah diambil. Tindakan seperti beri amaran, melengkapkan surat aku janji sebagai jaminan untuk tidak mengemis dan bantuannya diberhentikan pada Mac lalu,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan dikemukakan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) yang ingin mengetahui tindakan diambil Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan JKM terhadap OKU yang memiliki X70 hasil duit mengemis.

Terdahulu Scoop melaporkan lelaki yang cacat kedua-dua belah tangan itu berjaya memperoleh sehingga RM500 sehari hanya dengan mengemis selama empat hingga lima jam di pasar malam di sekitar Pahang.

Mengulas lanjut, Noraini berkata, siasatan JKM turut mendapati lelaki tersebut bekerja di sebuah syarikat bas sebagai penyelia syif dengan anggaran pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan.

“Sebab itulah dia tidak boleh menerima bantuan kebajikan daripada JKM lagi,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, di bawah Akta Orang-orang Papa 1977, tidak ada hukuman punitif bagi golongan yang tertakluk di bawah perundangan itu mengeksploitasi kekurangan diri untuk menjana kemewahan.

Katanya, kementerian sedang menyemak Akta Orang-Orang Papa 1977 untuk melihat semula akta berkenaan secara komprehensif bagi menambah baik pengendalian isu orang papa dan gelandangan.

“Betul, akta ini tidak ada peruntukan berbentuk punitif kerana asasnya berprinsipkan kebajikan.

“Dalam konteks kebajikan, objektifnya ialah memulihkan seseorang yang berada dalam kesukaran apabila boleh membantu kembali berdikari,” katanya.

Noraini berkata, kajian ke atas Akta Orang-Orang Papa 1977 dilaksanakan selama 21 bulan dan dijangka siap pertengahan tahun ini manakala dapatan akhir akan dibentang kepada kementerian.

“Skop kajian ialah mengenal pasti peruntukan sedia ada, membuat kajian perbandingan antara akta berkenaan gelandangan, pengemisan dan kemiskinan bandar di negara lain, mengadakan sesi libat urus serta konsultasi termasuk juga membantu kementerian dalam penyediaan regulatori impak analisis.

“Kajian itu akan menghasilkan syor sama ada wujud keperluan penggubalan akta baharu dan mengenal pasti peranan kementerian.

“Matlamatnya ialah menyediakan cadangan kepada kerajaan mengenai kandungan, pendekatan dan skop undang-undang serta pelan tindakan ke arah inisiatif pengendalian isu gelandangan, pengemisan dan kemiskinan bandar,” katanya. – 12 Mac 2024

Topics

 

Hangat

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

Shuhaily new Bukit Aman CID director

Kuala Lumpur police chief Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain has been appointed as the Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) director effective August 30

Related