Pesawat terhempas di Kapar melebihi berat pelepasan maksimum

BK160TR adalah pesawat yang agak sensitif berat, dan berdasarkan bukti, terdapat kebarangkalian tinggi ada penerbangan lain yang diterbangkan mendiang juruterbang sebelum ini turut melebihi had berat operasi pesawat

4:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pesawat ringan jenis Blackshape Gabriél BK160TR dengan nombor pendaftaran I-POOC yang terhempas di Kapar pada 13 Februari lalu, melebihi berat pelepasan maksimum iaitu 850 kilogram (kg) yang ditetapkan untuk pesawat tersebut.

Dalam laporan awal Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan yang dikeluarkan hari ini, jumlah berat sebenar pesawat itu melebihi had berat pelepasan maksimum kira-kira 8.4% (71.3kg)

“BK160TR adalah pesawat yang agak sensitif berat, dan berdasarkan bukti, terdapat kebarangkalian tinggi bahawa terdapat penerbangan lain yang diterbangkan oleh mendiang juruterbang sebelum ini yang turut melebihi had berat operasi pesawat.

“Kemungkinan penerbangan yang mungkin melebihi had berat ialah sektor panjang yang diterbangkan semasa perjalanan luar negara ke Myanmar, Filipina dan Thailand yang mempunyai dua orang di atas pesawat (POB) dan muatan bahan api yang berat.

“Mungkin juga terdapat penerbangan tempatan lain yang melebihi had berat (dua POB dan muatan bahan api berat), sama seperti penerbangan pada 13 Februari lalu.”

BERITA LANJUT MENYUSUL

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related