Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1710402080:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_oembed_fa383f2e8c8e8de1ce7a932e03c402da] => Array
        (
            [0] => 
Buka kantin masa Ramadan: PAS tetap anggap keterlaluan, PIBGN minta isu tidak diperbesarkan
) [_oembed_time_fa383f2e8c8e8de1ce7a932e03c402da] => Array ( [0] => 1710400001 ) [_oembed_8b9272a7996aa7439b69997cef302098] => Array ( [0] =>
Kecam kantin sekolah dibuka sepanjang Ramadan bukti pendirian PAS, PN tak serasi dengan Malaysia
) [_oembed_time_8b9272a7996aa7439b69997cef302098] => Array ( [0] => 1710400001 ) [post_views_count] => Array ( [0] => 236 ) [_thumbnail_id] => Array ( [0] => 177758 ) [_edit_last] => Array ( [0] => 22 ) [_post_language] => Array ( [0] => Bahasa Malaysia ) [_molongui_author] => Array ( [0] => guest-99954 ) [_molongui_main_author] => Array ( [0] => guest-99954 ) [td_post_theme_settings] => Array ( [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:136:"Perbuatan mereka ini adalah salah satu sebab yang menyaksikan sekolah kebangsaan tidak lagi menjadi pilihan utama rakyat majmuk Malaysia";} ) [_yoast_wpseo_primary_category] => Array ( [0] => 612 ) [_yoast_wpseo_focuskw] => Array ( [0] => kantin ) [_yoast_wpseo_metadesc] => Array ( [0] => Pemimpin politik wajar menghentikan polemik mengenai operasi kantin sekolah ketika Ramadan susulan ia tidak lebih kepada mencari perbalahan ) [_yoast_wpseo_linkdex] => Array ( [0] => 69 ) [_yoast_wpseo_content_score] => Array ( [0] => 30 ) [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array ( [0] => 2 ) [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array ( [0] => ) [post_views_count_7_day_arr] => Array ( [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750228509";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:3:{i:11;i:2;i:4;i:1;i:6;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}} ) [post_view_7days_last_day] => Array ( [0] => 2 ) [post_views_count_7_day_last_date] => Array ( [0] => 1750228509 ) [post_views_count_7_day_total] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_last_24_hours] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_last_48_hours] => Array ( [0] => 1 ) )
Buka kantin masa Ramadan: ‘Malangnya kita mempunyai ahli politik tin kosong…’ | Scoop

Buka kantin masa Ramadan: ‘Malangnya kita mempunyai ahli politik tin kosong…’

Perbuatan mereka ini adalah salah satu sebab yang menyaksikan sekolah kebangsaan tidak lagi menjadi pilihan utama rakyat majmuk Malaysia

3:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemimpin politik wajar menghentikan polemik mengenai operasi kantin sekolah ketika Ramadan susulan ia tidak lebih kepada mencari perbalahan dan mewujudkan sengketa antara kaum serta agama.

Bercakap kepada Scoop, Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (Page), Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, sikap ahli politik ‘memanaskan’ isu pengoperasian kantin sekolah itu, tidak lebih hanya mahu menjayakan agenda peribadi untuk mengukuhkan kedudukan mereka.

Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (Page), Datin Noor Azimah Abdul Rahim. – Gambr fail Scoop, 14 Mac, 2024

“Malangnya kita mempunyai ahli politik tin kosong yang hanya mencari perbalahan dan persengketaan kaum serta agama, demi memperoleh kedudukan relevan untuk mereka.

“Perbuatan mereka ini adalah salah satu sebab yang menyaksikan sekolah kebangsaan tidak lagi menjadi pilihan utama rakyat majmuk Malaysia.

“Ditambah lagi visi mereka untuk menutup sekolah vernakular yang semakin menjadi pilihan,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kantin di semua sekolah akan beroperasi seperti biasa sepanjang Ramadan bagi memudahkan pelajar bukan Islam, mendapatkan makanan ketika waktu rehat.

Bagaimanapun, pengumuman terbabit mencetuskan polemik dalam kalangan ahli politik dengan Ahli Parlimen Pokok Sena dari PAS, Datuk Ahmad Yahaya mengecam langkah itu sebagai keterlaluan dan tidak menghormati Ramadan.

Namun, kenyataan pemimpin PAS itu diselar Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan yang meminta parti terbabit berhenti mempolitikkan isu berkenaan, malah pemimpin pembangkang lebih cenderung mengeluarkan kenyataan memecahbelahkan masyarakat dan bukannya memupuk perpaduan.

Sementara itu, Gerakan meluahkan kekesalan dengan tindakan pihak tertentu yang sengaja memainkan isu kantin sekolah beroperasi semasa Ramadan dan pengiktirafan bak kut teh sebagai makanan warisan negara.

Ketua Biro Hak Asasi Manusia parti itu, Chai Ko Thing berkata, pihak terbabit terutama ahli politik, tidak sepatutnya mempertikaikan isu operasi kantin berkenaan kerana ia jelas tidak menghormati penganut agama lain, sekali gus mengundang ketidakharmonian dalam kalangan rakyat.

“Ahli politik tidak sepatutnya mengapi-apikan isu seperti kantin sekolah beroperasi semasa bulan puasa.

“Saya rasa perkara ini amat jelas, hormat menghormati, cetek kalau kita minta yang bukan Islam untuk tidak makan di kantin.

“Semua pihak, tidak kira sama ada rakan gabungannya atau pemerintah, diingatkan bahawa perpaduan adalah tanggungjawab bersama dan jangan asyik menyimbah pendekatan yang boleh mewujudkan kebencian dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Tambahnya, parti politik dari mana-mana pihak disaran mengutamakan kepentingan ekonomi dan keharmonian negara dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar. – 14 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related