Tarik balik lesen, senarai hitam penjaja ambil untung ‘atas angin’ sewakan tapak bazar: Dr Zaliha

DBKL juga akan menyenarai hitam penjaja terbabit sebagai pengajaran atas tindakannya itu

11:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Gantung sementara atau batalkan lesen perniagaan antara tindakan tegas diambil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ke atas penjaja bazar Ramadan yang menyewakan mahu pun menjual tapak mereka kepada pihak ketiga termasuk warga asing.

Bercakap kepada Scoop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, DBKL juga akan menyenarai hitam penjaja terbabit sebagai pengajaran atas tindakannya itu.

Beliau berkata, kementerian itu khususnya melalui DBKL sememangnya memandang berat eksploitasi sedemikian yang mengambil kesempatan semata-mata mahu mendapat keuntungan ‘atas angin’.

“Kalau pemilik lesen beri kepada orang lain (meniaga) atau tak patuhi kehendak yang diletakkan dalam garis panduan, memang kita akan ambil tindakan.

“DBKL akan bertegas pada kali ini. Mereka yang buat begini akan digantung atau ditarik balik lesen dan akan disenarai hitamkan.

“Kita juga akan minta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat supaya turut membuat aduan rasmi supaya siasatan dapat dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan penjaja tidak bertanggungjawab yang menyewakan tapak perniagaan bazar Ramadan dan Aildilfitri yang dimenangi hasil cabutan undi kepada pihak ketiga termasuk warga asing.

Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Rosli Sulaiman mendakwa kegiatan memberi sewaan tapak berniaga kepada pihak ketiga, termasuk warga asing berlaku setiap tahun, dan ‘keuntungan’ boleh mencecah sehingga RM15,000. – Gambar Facebook Rosli Sulaiman, 17 Mac, 2024

Terdahulu, Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Rosli Sulaiman mendedahkan bahawa jumlah dibayar pihak ketiga bagi mendapatkan sewaan tapak bazar Ramadan dan Aidilfitri di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini ada mencecah sehingga RM15,000.

Beliau mendakwa, kegiatan memberi sewaan tapak berniaga itu berlaku setiap tahun, namun tidak pernah ditangani pihak berkuasa dengan sebaiknya.

Malah katanya, lebih menyedihkan ada tapak perniagaan itu disewa atau dijual kepada peniaga warga asing terutama Pakistan, Bangladesh dan Indonesia yang sememangnya banyak menjalankan perniagaan sekitar kawasan berkenaan.

“Aktiviti jual tapak ini sudah lama berlaku, hampir setiap tahun. Kadar bayaran bergantung kepada lokasi tapak, kebiasaannya bermula RM10,000, dan ada mencecah RM13,000 hingga RM15,000 kalau lokasi tapak itu benar-benar strategik,” katanya.

Selain itu Dr Zaliha memberi ingatan kepada penjaja tapak bazar Ramadan atau Aidilfitri supaya mematuhi semua syarat ditetapkan pihak pengendali bazar.

“Apabila kita beri lesen perniagaan kepada mereka (pemilik lesen), dia perlu meniagalah, bukan beri pula kepada orang lain,” katanya.

Tambah beliau, kaedah pemberian lesen perniagaan bazar itu juga akan tambah baik dan dipantau dengan rapi selepas ini – 17 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

Onn Hafiz, Rozi dilantik Pengerusi Jawatankuasa BN Johor, Terengganu

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rozi Mamat dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Barisan Nasional (BN) Negeri masing-masing

Pardons Board should disclose reasons behind Najib’s sentence reduction, urges Ramkarpal

The Pardons Board should disclose the reasons behind its decision to grant ex-prime minister Datuk Seri Najib Razak a reduced prison sentence and fine, said Bukit Gelugor MP Ramkarpal Singh.

Related