Kalendar akademik persekolahan 2026 akan bermula pada Januari

KPM menyusun dan mengawal kalendar akademik sesi 2024/2025 bagi memastikan sesi persekolahan 2026 dapat bermula Januari-Disember.

11:19 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) memberikan komitmen untuk mengembalikan kalendar akademik persekolahan kepada bulan Januari pada 2026 seperti takwim sebelum pandemik Covid-19.

Perkara itu ditegaskan Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh dengan kementerian telah menyusun dan mengawal kalendar akademik sesi 2024/2025 supaya sesi persekolahan dalam kalendar akademik tahun 2025 dapat bermula pada Februari.

“Kawalan dan perancangan ini dibuat bagi memastikan sesi persekolahan pada tahun 2026 dapat bermula pada bulan Januari sehingga Disember.

“Pada masa yang sama, KPM perlu memastikan bahawa penyediaan kalendar akademik adalah berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998 (Pindaan) 2021 yang menetapkan bahawa jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik hendaklah tidak kurang daripada 190 hari,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) mengenai perancangan KPM mengembalikan semula kalendar persekolahan sebegaimana terdahulu yang bermula sesi baharu Januari sehingga Disember.

Kah Woh berkata, seperti penyediaan kalendar akademik tahun-tahun sebelum ini, KPM akan mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan seperti kesatuan atau persatuan keguruan termasuk Kesatuan Perkhidmatan Keguruan Kebangsaan (NUTP), Kesatuan Guru Sarawak (STU) dan Kesatuan Guru Kerajaan Sabah.

Ini katanya, bagi mendapatkan maklum balas berhubung penyediaan draf Kalendar Akademik Tahun 2025 dan draf Kalendar Akademik Tahun 2026 sebelum diangkat untuk pewartaan.

“KPM juga akan memastikan kalendar akademik yang disediakan memenuhi tempoh pengajaran dan pembelajaran secara optimum iaitu antara 32 hingga 36 minggu bagi menyelesaikan keseluruhan kurikulum persekolahan. Penjajaran kepada jadual peperiksaan awam juga akan dilaksanakan agar selari dengan perubahan kalendar akademik persekolahan,” katanya.

Kepada soalan tambahan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) mengenai persiapan banjir pada November dan Disember jika kalendar akademik dikembalikan kepada Januari, katanya, KPM sentiasa bersedia menghadapi bencana pada bila-bila masa.

“KPM mempunyai pengalaman untuk menghadapi situasi itu,” katanya. – 18 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related