Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1710852266:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 179585
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:70:"Permohonan boleh dilakukan menerusi pendaftaran mengikut Perkara 19(b)";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => warganegara
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Permohonan boleh dilakukan menerusi pendaftaran mengikut Perkara 19(b)
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 59
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 176
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752124355";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:7;i:2;i:5;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752124355
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Anak terdampar 18 tahun ke atas masih ada peluang jadi warganegara: Saifuddin | Scoop

Anak terdampar 18 tahun ke atas masih ada peluang jadi warganegara: Saifuddin

Permohonan boleh dilakukan menerusi pendaftaran mengikut Perkara 19(b)

8:44 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Anak terdampar berusia 18 tahun ke atas masih berpeluang menjadi warganegara setelah pindaan Perlembagaan berkaitan hak kewarganegaraan anak dilahirkan di luar negara oleh ibu warga Malaysia yang berkahwin dengan warga asing dimuktamadkan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, permohonan boleh dilakukan menerusi pendaftaran mengikut Perkara 19(b).

“Yang kita nak sebut, apakah untuk jadi warganegara tertutup? Tidak… Apakah kerajaan tutup? Tidak… kerajaan akan memproses secara pendaftaran,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Memperincikan lanjut, beliau berkata, bagi anak terdampar yang meningkat usia seperti berumur lima hingga 10 tahun, Perkara 15(a) adalah laluan untuk mereka mendapatkan taraf kewarganegaraan.

“Perkara 15(a) ini adalah permohonan secara pendaftaran dalam kategori anak tidak sah taraf, anak angkat dan anak di bawah jagaan.

“Apabila umur mereka meningkat, Perkara 15(a) inilah jalannya,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, beliau juga sedia bersemuka dengan mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Majlis Peguam dalam mencari kata sepakat berhubung pindaan berkenaan.

“Saya tiada masalah (berdepan) dengan semangat bahawa saya mendengar mereka dan mereka mendengar daripada saya.

“Saya masih melakukan libat urus dengan pihak berkaitan. Jadi selesai sesi ini, ia akan dibahaskan pula di Parlimen,” katanya.

Sebelum ini, Suhakam sekali lagi menggesa kerajaan tidak meneruskan tindakan meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan, termasuk mengenai status kanak-kanak terdampar.

Pesuruhjaya Suhakam, K Ragunath berkata, sebaliknya kerajaan perlu mengadakan kajian lebih komprehensif supaya isu tanpa kewarganegaraan ditangani secara holistik.

Sementara itu, Majlis Peguam dalam kenyataannya sekali lagi menggesa supaya pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan, termasuk mengenai status kanak-kanak terdampar dihentikan.

Presidennya, Karen Cheah Yee Lynn berkata, pindaan itu disifatkan terlalu regresif dan membimbangkan kerana penghapusan hak individu tanpa kerakyatan tidak boleh dikaitkan dengan peruntukan sedia ada dalam Perlembagaan Persekutuan. – 19 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Fix the grassroots, and sponsorship issues will follow: Chong Wei

Badminton legend says state associations and clubs are not doing enough to support young players and create a stronger ecosystem

Malaysia’s population estimated at 33.7 mil in last quarter of 2023

Malaysia's population was estimated at 33.7 million in the fourth quarter of last year, up 2% from 33 million in the same period the year before.

Enam pasukan perubatan Mercy Malaysia dibawa keluar dari Rafah, Gaza

Keenam-enam mereka telah dibawa keluar dari zon konflik secara berperingkat bersama dengan petugas antarabangsa yang lain

Related