Rahul ‘intai’ penampilan sulung dengan Speedy Tigers

Rahul sudah beberapa kali dipilih menyertai kem pemilihan di bawah jurulatih Arul Selvaraj, tetapi tidak pernah dipilih menjadi sebahagian daripada pasukan kebangsaan

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Adakah Rahul akan membuat penampilan pertama untuk Speedy Tigers?

Nur Rahul Hrsikesa Thaitchana Muruthi yakin impiannya untuk bermain dengan Speedy Tigers di bawah bimbingan ketua jurulatih kebangsaan, Sarjit Singh akan tercapai.

Atlet berusia 26 tahun yang berasal dari Pulau Pinang ini, mula bermain hoki pada usia enam tahun, dan telah bekerja keras selama dua dekad sebelum mencipta nama dalam Liga Hoki Malaysia (MHL).

Rahul baru-baru ini cemerlang dalam MHL dengan menyumbang 18 gol untuk kelab Nurinsafi, pada edisi tahun ini dan menamatkan saingan sebagai penjaring terbanyak ketiga di belakang pemain di belakang pemain Terengganu, Faizal Saari (23 gol) dan pemain TNB, Azrai Aizad Abu Kamal (32 gol).

Kerja keras Rahul menampakkan hasil apabila Sarjit menyenaraikannya sebagai salah seorang daripada 46 pemain yang dipilih daripada MHL untuk menyertai kem pemilihan mulai 19 hingga 31 Mac.

Pada 1 April, pemain akan dikurangkan kepada 30 orang untuk memulakan persiapan bagi kejohanan Piala Sultan Azlan Shah dan negara pada Mei.

Bercakap kepada Scoop, Rahul yakin dia mampu memberikan cabaran kepada pemain senior bagi mendapat tempat kesebelasan utama dalam Speedy Tigers.

“Saya menjaringkan gol terbanyak dalam karier saya musim ini dan saya percaya ia boleh menjadi tambahan kepada skuad kebangsaan. Saya tahu sukar untuk menjadi kesebelasan utama tetapi tiada yang mustahil dalam permainan.

“Saya akan bersaing secara sihat dengan semua senior bagi merebut tempat. Akhirnya ia bukan mengenai diri saya tetapi apa yang saya sumbangkan kepada negara menerusi permainan saya.

“Saya bersedia untuk memberikan 100% dan cuba yang terbaik dalam latihan, saya mahu buktikan saya boleh menjadi pemain serba boleh kepada pasukan,’’ kata Rahul ketika dihubungi.

Sarjit Singh telah menyenaraikan Nur Rahul Hrsikesa Thaitchana Muruthi sebagai salah seorang daripada 46 pemain yang dipilih daripada MHL untuk menyertai kem pemilihan mulai 19 hingga 31 Mac – Riduan Rizal Ahmad, 20 Mac, 2024

Rahul menambah, dia berterima kasih kepada Sarjit kerana memilihnya untuk menyertai kem latihan untuk pemilihan dan bersedia menjadi sebahagian daripada matlamat jurulatih itu.

“Saya gembira kerana jurulatih memberikan peluang kepada saya berdasarkan prestasi dalam MHL, dan saya mahu buktikan kepadanya.

“Jurulatih Sarjit adalah individu yang memberikan peluang kepada semua orang tanpa pilih kasih dan ia benar-benar terbukti dengan pemain yang dipilihnya adalah mereka yang mempunyai keinginan dan keazaman untuk bermain dalam pasukan kebangsaan.

“Saya sudah beberapa kali dipilih menyertai kem pemilihan di bawah jurulatih Arul Selvaraj, tetapi tidak pernah dipilih menjadi sebahagian daripada pasukan kebangsaan.

“Saya juga terlepas banyak perlawanan disebabkan kecederaan selama beberapa tahun. Jurulatih Arul adalah seorang yang baik tetapi jurulatih Sarjit mahu memberikan peluang, saya mahu membuktikan saya bernilai kepadanya.

“Jurulatih Sarjit sedang membina satu pasukan dengan fokus kepada orang muda, berbanding mereka yang sudah lebih 10 tahun berada di dalamnya. Beliau mempunyai visi dan saya mahu menjadi sebahagian daripadanya,” tambah Rahul.

Kebanyakan pemain yang dipilih oleh Sarjit untuk kem latihan adalah bawah 30 tahun kecuali Fitri Saari (31), Faizal Saari (33), penjaga gol Hafizuddin Othman (32), dan pemain tengah Marhan Jalil (34).

Malaysia menang Piala Sultan Azlan Shah buat kali pertama dalam 41 tahun dengan menewaskan Korea Selatan 3-2 pada perlawanan akhir 2022.

Selain Piala Sultan Azlan Shah dan Piala Negara-Negara di Poland, skuad bimbingan Sarjit juga akan menyertai Trofi Juara-Juara Asia di Inner Mongolia, China, yang dijadualkan berlangsung dari 8 hingga 17 September. – 20 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Leaked gas vapours easily ignited, leading to massive explosion in Putra Heights: fire expert

KUALA LUMPUR – The gas pipeline fire in Putra Heights, Subang Jaya, today is believed to have been caused by a “boiling liquid expanding vapour explosion” (BLEVE), according to a retired senior...

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related