Wujud suruhanjaya siasat perjanjian ‘berat sebelah’ PN dengan Goldman Sachs: Zhemin

Katanya, Muhyiddin perlu bertanggungjawab 100 peratus dengan perjanjian itu kerana beliau adalah Perdana Menteri ketika ia ditandatang

2:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan bagi menyiasat sepenuhnya mengapa Malaysia ketika pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, menandatangani perjanjian penyelesaian didakwa ‘berat sebelah’ dan merugikan negara dengan Goldman Sachs Group Inc (Goldman Sachs).

Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin berkata, ia kerana perjanjian ditandatangani berkaitan pemulihan aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada 2020 itu, menyaksikan pengurangan nilai berbilion ringgit sangat ketara, berbanding tawaran asal lebih RM7 bilion dibuat Goldman Sachs kepada kerajaan sebelumnya pada tahun 2019.

“Kita (Malaysia) membenarkan berbilion ringgit dikurangkan daripada (lebih) RM7 bilion dan seperti diputuskan mahkamah, nilai asas paling kurang pun kita kena angkat balik RM 4.5 bilion ringgit.

“Tapi sekarang hanya tinggal RM2.5 bilion, ini tak boleh diterima langsung, jadi saya harap semua kita boleh sokong tubuhkan suruhanjaya (RCI) untuk menyiasat sampai akhir mengapa perjanjian berkenaan boleh kita (Malaysia) tandatangani pada masa itu,” katanya pada sesi pertanyaan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang ketika itu, pentadbiran Muhyiddin menandatangani satu perjanjian dengan Goldman Sachs membabitkan jumlah hanya RM3.9 bilion, kurang daripada rundingan dimulakan kepimpinan sebelumnya.

“RM2.5 bilion itu sudah ditetapkan, tapi RM1.4 bilion dalam perjanjian itu ada klausa yang bagi ruang kepada Goldman Sachs kurangkan pampasan jika kita ada aset recovery (pengembalian aset), bermakna jika kita dapat pulihkan aset daripada sumber lain, kita boleh tolak daripada jumlah ini dan ia amat mengejutkan dan ini scandalous (skandal).

“Mengapa kita boleh benarkan Goldman Sachs untuk kurangkan pampasan daripada RM3.9 bilion kurang sampai RM2.5 bilion dan saya rasa ini sudah dibangkitkan (Ahli Parlimen) Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul, beliau kata kerajaan semasa tandatangan perjanjian itu tidak meneliti semua dan mengapa kita tak masukkan satu angka tetap suruh dia bayar RM3.9 bilion,” katanya.

Zhemin berkata, justeru sekarang Goldman Sachs menggunakan peluang itu untuk berunding apabila Malaysia mengurangkannya, sekali gus menyaksikan negara hanya menerima RM2.5 bilion.

“Perkara ini serius rakyat Malaysia kehilangan wang akibat dicuri, dirompak satu kali. Jadi kali ini kenapa kita boleh runding satu nilai yang begitu rendah dan saya haraplah jika kita tak boleh tolak kemungkinan ada pihak tertentu yang sudah dapat ‘rasuah’ daripada Goldman Sachs ataupun ini satu kecuaian.

“Kenapa kita tak teliti perjanjian ini, mengapa semasa kita sign (tandatangan) tak sampai enam bulan dah ada klausa benarkan ia dikurangkan?” katanya.

Mengulas lanjut, Zhemin berkata, Muhyiddin perlu bertanggungjawab 100 peratus dengan perjanjian itu kerana beliau adalah Perdana Menteri ketika ia ditandatangani.

“Pagoh perlu bertanggungjawab 100 peratus kerana beliau adalah ketua negara pada masa itu,” katanya. – 20 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related