Malaysia tolak tawaran anjur Sukan Komanwel 2026

Kabinet menyatakan tawaran CGF berjumlah RM603 juta dijangka tidak mampu menampung kos keseluruhan penganjuran temasya sukan berskala besar itu

3:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengumumkan keputusan kerajaan untuk tidak menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2026.

KBS menerusi satu kenyataan memaklumkan, mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang hari ini mengambil keputusan tersebut setelah meneliti semua aspek penganjuran dan implikasi.

“Kabinet menyatakan tawaran CGF berjumlah 100 juta pound (RM603 juta) dijangka tidak mampu menampung kos keseluruhan penganjuran temasya sukan berskala besar itu.

“Kerajaan Madani mengucapkan terima kasih kepada CGF atas penawaran tuan
rumah Sukan Komanwel 2026. Namun, pada ketika ini kerajaan mahu memberi fokus
kepada pembangunan sukan serta kebajikan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Delegasi CGF telah bertemu Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada 5 Februari lalu untuk sesi penerangan.

Sebelum ini, Hannah memberitahu Dewan Rakyat bahawa Malaysia tidak sepatutnya membelanjakan lebih daripada geran RM603 juta yang ditawarkan untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.

“Pandangan saya sebagai menteri ialah Kementerian Belia dan Sukan akan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat. Kami tidak akan mensia-siakan dana yang tidak dibayar, walaupun kami ingin menjadi tuan rumah temasya tersebut.

“Jika kami memutuskan untuk menjadi tuan rumah, kementerian mencadangkan perbelanjaan untuk temasya itu tidak melebihi geran yang diberikan oleh CGF.

“Jika dana awam ingin digunakan, maka pilihan terbaik mungkin bukan untuk menjadi tuan rumah. Untuk itu, kita akan tunggu Kabinet (untuk membuat keputusan),” katanya.

Malaysia ditawarkan menjadi tuan rumah apabila Victoria, Australia mengambil keputusan menarik diri dan CGF menawarkan geran sebanyak 100 juta pound.

Malaysia pernah menjadi tuan rumah temasya itu pada 1998, yang dikatakan mengalami kerugian RM11.6 juta dan akaun hanya boleh ditutup 13 tahun kemudian kerana saman atas isu bayaran hutang. – 22 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related