Tiada keperluan turun kuasa pantau harga barang kepada PBT: Kor Ming

Kor Ming yakin di bawah pimpinan Menteri KPDN Datuk Armizan Mohd Ali usaha ini akan diperhebatkan

3:55 PM MYT

 

IPOH – Tiada keperluan untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi penurunan kuasa memantau harga barang kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata ini kerana penguatkuasaan yang dilaksanakan KPDN pada masa ini berjalan dengan baik.

“Saya yakin di bawah pimpinan Menteri KPDN Datuk Armizan Mohd Ali usaha ini akan diperhebatkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah bangunan baharu Dewan Perhimpunan Cina Perak yang dijadual siap pada 2027 bersempena ulang tahun ke-100 penubuhan itu, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh semalam yang mencadangkan perkara itu supaya pemantauan harga barang dilakukan lebih kerap terutama menjelang musim perayaan.

Dalam perkembangan lain, Nga berkata pemantauan dan kawalan oleh pihak PBT dilaksanakan secara berkala bagi membanteras kesalahan peniaga tempatan yang menyewakan lesen perniagaan kepada warga asing.

“Ramai pekerja di pasar borong adalah pekerja asing yang sah, mereka adalah pekerja dan bukannya peniaga namun kadang-kadang ia memberi persepsi seolah-olah gerai itu milik mereka tetapi sebenarnya tidak.

“Iktibarnya apabila rakyat Malaysia tidak mengambil peluang kerja dalam sektor ini, maka warga asing ada ruang dan peluang untuk ambil peluang pekerjaan, jadi kita mesti kerja keras membangunkan ekonomi negara termasuk dalam sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar),” katanya.

Sementara itu, Nga yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan berkata beliau berharap kesemua Ahli Parlimen akan menyokong pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan isu hak kewarganegaraan anak bagi wanita rakyat Malaysia dan pasangan warga asing yang lahir di luar negara bagi menegakkan keadilan sosial.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata kerajaan akan membawa pindaan Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar negara ke sidang Parlimen kali ini. – 23 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related