Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1711238831:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_oembed_036aee15d50e81a661352568e4e556fd] => Array
        (
            [0] => 

Beratur panjang nak beli Tepung pelita. Sekali, nampak tepung pelita letak dalam plastik bukan daun pisang. Terus aku berlalu pergi.

Ini satu penghinaan terhadap kuih tradisional! Rosak makanan favourite aku.

— Yak Bok Te! (@aminlandak) March 15, 2024
) [_oembed_time_036aee15d50e81a661352568e4e556fd] => Array ( [0] => 1711203250 ) [post_views_count] => Array ( [0] => 262 ) [_thumbnail_id] => Array ( [0] => 180973 ) [_edit_last] => Array ( [0] => 33 ) [_post_language] => Array ( [0] => ) [_molongui_main_author] => Array ( [0] => guest-99954 ) [_yoast_wpseo_primary_category] => Array ( [0] => 612 ) [_yoast_wpseo_content_score] => Array ( [0] => 30 ) [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array ( [0] => 2 ) [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array ( [0] => ) [post_views_count_7_day_arr] => Array ( [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750141377";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:6;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}} ) [post_view_7days_last_day] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_count_7_day_last_date] => Array ( [0] => 1750141377 ) [post_views_count_7_day_total] => Array ( [0] => 1 ) [_molongui_author] => Array ( [0] => guest-99954 ) [td_post_theme_settings] => Array ( [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:132:"Kebiasaannya, peniaga menggunakan dawai kokot (dawai stapler) untuk membentuk daun pisang yang digunakan sebagai bekas tepung pelita";} ) [_yoast_wpseo_focuskw] => Array ( [0] => tepung pelita ) [_yoast_wpseo_metadesc] => Array ( [0] => Kebiasaannya, peniaga menggunakan dawai kokot (dawai stapler) untuk membentuk daun pisang yang digunakan sebagai bekas tepung pelita ) [_yoast_wpseo_linkdex] => Array ( [0] => 67 ) [post_views_last_24_hours] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_last_48_hours] => Array ( [0] => 1 ) )
Pengguna kecewa tepung pelita dalam bekas plastik, anggap penghinaan kepada kuih tradisional | Scoop

Pengguna kecewa tepung pelita dalam bekas plastik, anggap penghinaan kepada kuih tradisional

Kebiasaannya, peniaga menggunakan dawai kokot (dawai stapler) untuk membentuk daun pisang yang digunakan sebagai bekas tepung pelita

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tepung Pelita antara kuih tradisional yang menjadi pilihan ramai di bazar Ramadan sebagai juadah berbuka puasa kerana rasanya yang berlemak dan manis.

Kebiasaannya, peniaga menggunakan dawai kokot (dawai stapler) untuk membentuk daun pisang yang digunakan sebagai bekas tepung pelita.

Namun, sesetengah peniaga mula menggunakan lidi bagi tujuan itu atau beralih kepada bekas plastik yang lebih selamat.

Susulan itu, seorang pengguna di aplikasi X, @aminlandak meluahkan kekecewaannya selepas beratur panjang untuk membeli kuih tersebut, namun mendapati ia diletakkan dalam bekas plastik dan bukannya daun pisang.

“Beratur panjang nak beli tepung pelita. Sekali, nampak tepung pelita letak dalam plastik bukan daun pisang. Terus aku berlalu pergi.

“Ini satu penghinaan terhadap kuih tradisional! Rosak makanan favourite (kegemaran) aku,” tulisnya.

Tambahnya, dia pernah membantu ibunya membuat kuih itu dan mengakui pembuatan sarung tepung pelita sememangnya renyah (rumit), namun itu bukan alasan untuk menggunakan plastik.

@fazleenaH pula berkata, dia juga kecewa apabila membeli sebekas tepung pelita dan mendapati dalam lima kuantiti kuih itu, dua menggunakan sarung daun pisang manakala tiga lagi menggunakan plastik.

“Dua ada daun, tiga guna bekas plastik, saya kecewa kuciwa,” tulisnya.

@saifulhisyam berkata, tepung pelita tu sedap pasai (sebab) wangi daun pisang tu sama. Bubuh (letak) dalam plastik memang rasa plastik je lah.

Bagaimanapun, @pharie memaklumkan, ramai peniaga beralih menggunakan bekas plastik disebabkan Kementerian Kesihatan (KKM) sudah mengeluarkan pekeliling tidak membenarkan dawai kokot dalam pembungkusan makanan.

Sebelum ini, KKM menetapkan peniaga makanan yang menggunakan paku, dawai kokot atau bahan seumpamanya yang berbahaya pada pembungkusan makanan boleh didakwa di mahkamah.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Malah, hukuman lebih berat boleh dikenakan sekiranya bahan tersebut ditemui dalam makanan.

Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, sesiapa yang menyedia atau menjual apa-apa makanan yang di dalamnya mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan.

Mereka yang ingkar boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya. – 24 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related