Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1711293791:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 181314
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:94:"Menara itu penting untuk talian grid elektrik 275 Kilovolt (kV) antara Kolopis dan Segaliud";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => SESB baiki menara
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Menara itu penting untuk talian grid elektrik 275 Kilovolt (kV) antara Kolopis dan Segaliud
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 54
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 224
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750166124";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:13;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750166124
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Petugas SESB bertungkus-lumus baiki menara ERS di Ranau: Madius | Scoop

Petugas SESB bertungkus-lumus baiki menara ERS di Ranau: Madius

Menara itu penting untuk talian grid elektrik 275 Kilovolt (kV) antara Kolopis dan Segaliud

11:23 PM MYT

 

KOTA KINABALU — Petugas Sabah Elektrik Sdn Bhd (SESB) bertungkus-lumus menyiapkan kerja-kerja pembaikan dua menara pengalihan sementara (ERS) di Ranau supaya ia selesai mengikut jadual, kata Pengerusinya Datuk Madius Tangau.

Beliau berkata menara itu penting untuk talian grid elektrik 275 Kilovolt (kV) antara Kolopis dan Segaliud, yang terlibat dalam penyaluran bekalan elektrik 200 megawatt (MW) sehari dari pantai barat ke pantai timur Sabah.

Menurut Madius sekiranya dua menara itu tidak dibaiki dan tumbang, pantai timur Sabah akan berdepan dengan defisit bekalan tenaga yang kritikal sekali gus memberi kesan kepada kehidupan rakyat di kawasan berkenaan.

“Semua kelengkapan berjaya dibawa naik dan menara ERS kini hampir siap. Setakat hari ini, kerja-kerja sudah mencapai 95 peratus.

“Saya beri jaminan bahawa pihak yang terlibat khususnya tenaga kerja daripada SESB dan TNB (Tenaga Nasional Behad) akan menyiapkan pembaikan serta pengalihan menara ini dalam sedikit masa lagi. Kalau tiada halangan dalam minggu ini akan selesai proses pengalihan sepenuhnya,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Madius berkata kerja-kerja pembaikan itu dilakukan ekoran berlaku pembengkokan dan terdapat tiang sokongan yang terputus daripada menara talian penghantaran akibat mendapan serta pergerakan tanah yang aktif.  

Menurutnya walaupun kerja-kerja kecemasan bagi menara itu dijalankan serta-merta, mendapan serta pergerakan tanah yang aktif di sekitar tapak kedua-dua menara talian penghantaran tersebut menjejaskan kestabilan struktur utama menara berkenaan.

Beliau turut mengambil perhatian cabaran dihadapi petugas SESB yang terpaksa bekerja di bawah matahari terik dan ada yang berpuasa bagi memastikan pembaikan itu siap mengikut jadual.

Menurutnya lebih merumitkan apabila lori yang menghantar lima kontena bahagian menara ERS dan peralatannya ke Ranau hanya dapat membuat penghantaran ke satu kawasan sahaja disebabkan laluan menuju ke tapak menara sempit dan masih jalan tanah merah.

“Selebihnya peralatan dan tiang menara ini dipikul oleh petugas dengan berulang-alik berjalan kaki melalui laluan yang berbukit dan curam,” katanya.

Madius mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak yang turut terlibat dengan kerja-kerja pembaikan menara yang terletak di kawasan Kampung Nabutan dan Kampung Randagong, Ranau.

“Kita turut bekerjasama dengan TNB, kerajaan negeri dan perkhidmatan pesawat pengangkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang telah menerbangkan lima kontena bahagian menara ERS itu dari Selangor ke Sabah,” katanya. – 24 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

No forced eviction of Pasir Panjang Ulu farmers, process was legal: Perak MB

Datuk Seri Saarani Mohamad said the process was carried out legally, adding that MB Inc held a series of direct negotiations with the farm operators since 2021, in addition to offering ex-gratia at a reasonable rate. 

Related