Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1711531620:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 284
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 182230
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:149:"Biarpun wujud ‘bunyi bising’ itu, ia tidak menghalang pendaftaran Padu secara konsisten sekitar 300,000 hingga 400,000 dalam tempoh seminggu lalu";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => kritikan
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Biarpun wujud ‘bunyi bising’ itu, ia tidak menghalang pendaftaran Padu secara konsisten sekitar 300,000 hingga 400,000 dalam tempoh seminggu lalu
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 63
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749438527";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:3;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749333808";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:22;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749438527
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Kritikan tokoh politik terhadap Padu lebih kepada bersifat peribadi: Rafizi | Scoop

Kritikan tokoh politik terhadap Padu lebih kepada bersifat peribadi: Rafizi

Biarpun wujud ‘bunyi bising’ itu, ia tidak menghalang pendaftaran Padu secara konsisten sekitar 300,000 hingga 400,000 dalam tempoh seminggu lalu

4:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kritikan berterusan beberapa tokoh politik yang mendakwa kononnya Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) gagal lebih bersifat soal peribadi.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, biarpun wujud ‘bunyi bising’ itu, ia tidak menghalang pendaftaran Padu secara konsisten sekitar 300,000 hingga 400,000 dalam tempoh seminggu lalu.

“Yang bising sangat ini Puad Zarkashi (Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi). Dia ini kalau Malaysia kaya-raya pun dia masih tak setuju dengan saya.

“Saya dulu bawa isu 1MDB, masa dia pengarah JASA dan dia kalah pilihan raya dan terpelanting dari kerajaan, jadi ia (soal) personal. Jadi kalau tengok empat lima orang yang bising itu tokoh-tokoh politik yang bising kerana soal peribadi.

“Tapi itu tidak menghalang contohnya dalam tempoh seminggu yang lalu ada 300,000 hingga 400,000 orang mendaftar.

Kata Rafizi Ramli, sejak Padu dibentangkan pada 2 Januari lalu hingga sekarang, walaupun ada ketika sampai dua juta serangan seminggu, masih belum bocor – Azim Rahman/Scoop, 27 Mac, 2024

“Jadi kita lihat perspektif yang objektif iaitu yang bising itu hak dia, kalau dia kata tak yakin kerana soal keselamatan data, kita dah bentangkan sejak 2 Januari hingga sekarang walaupun ada ketika sampai dua juta serangan seminggu, sampai sekarang (sistem Padu) masih belum bocor,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis prapeluncuran Acara Perdana KL20 di Parlimen hari ini.

Semalam, Puad mendakwa sistem Padu disifatkan gagal kerana sistem kerja, komunikasi dan imej Rafizi yang tidak diyakini rakyat.

Mengulas lanjut Rafizi berkata, biarpun ada bunyi bising itu, jika dilihat komen di sosial media, beliau pasti mereka yang membuat aduan tidak sampai 10 juta orang.

“Mana-mana perubahan selalunya mendapat tentangan. Cuma kita dalam kerajaan kita ada objektif dan perspektif dalam menguruskan pemegang taruh.

“Yang kuat bising ini selalunya dia ada isunya dan itu hak dia. Kita dah terangkan bahawa (soal keselamatan data) data semua encrypted, kalau pun bocor masuk, mereka perlu decrypt data itu.

Semalam, Datuk Mohd Puad Zarkashi mendakwa sistem Padu disifatkan gagal kerana sistem kerja, komunikasi dan imej Rafizi yang tidak diyakini rakyat – Gambar fail, 27 Mac, 2024

“Dia (yang bising) tak pernah tanya pula kalau syarikat swasta yang diberi e-wallet semua segala pendaftaran itu, dia tak pernah tanya sama ada syarikat itu data encryted atau tidak.

“Sebab itu saya rasa sementara boleh melayan, tapi kita tak boleh hilang fokus Padu adalah komponen yang sangat penting kepada pembaharuan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, setakat hari ini 8.5 juta sudah mendaftar Padu dan kekal yakin sasaran 10 juta mendaftar atau 15 peratus populasi rakyat Malaysia mampu dicapai menjelang 31 Mac ini.

Sementara itu ditanya kebimbangan dibangkitkan kerajaan Sarawak, Rafizi berkata, perkata yang ditimbulkan itu terlampau diperbesarkan.

“Semasa keputusan untuk membangunkan Padu ini telah melalui proses di peringkat Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

“Sejak Padu dilancar pda 2 Januari, Sarawak adalah antara negeri yang paling tinggi pendaftaran dan kerajaan negeri membantu sepenuhnya,” katanya. – 27 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related