Difitnah, diugut bunuh dan pukul: Firdaus Wong buat enam laporan polis

Biarpun menerima ugutan dan fitnah, ia sesekali tidak akan menggentarkannya dalam meneruskan usaha-usaha dakwah

10:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong membuat laporan polis susulan menerima ugutan bunuh termasuk melibatkan ahli keluarganya.

Beliau membuat laporan itu di Balai Polis Wangsa Maju, dekat sini hari ini.

Dalam hantaran terbaharunya di Facebook, Firdaus memberitahu, beliau juga membuat laporan mengenai ugutan pukul dan laporan kerana memfitnahnya.

“Ugutan bunuh. Selesai membuat enam laporan polis terhadap lima individu di Balai Polis Wangsa Maju, sebagai permulaan.

“Mungkin lebih banyak laporan akan dibuat ke atas pemfitnah semua. Satu laporan ugutan bunuh terhadap saya dan keluarga, satu laporan ugutan pukul dan selebihnya kerana memfitnah saya,” katanya.

Katanya, biarpun menerima ugutan dan fitnah, ia sesekali tidak akan menggentarkannya dalam meneruskan usaha-usaha dakwah.

“Saya sering nasihatkan sahabat jangan bertindak di luar batasan agama dan undang-undang. Jadi, biarkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka.

“Insya-Allah saya juga akan susuli dengan saman fitnah terhadap mereka ini,” katanya.

Baru-baru ini Firdaus mendedahkan mengenai penjualan stoking yang tertera perkataan ‘Allah’.

Menerusi perkongsian di media sosial, beliau mahu siasatan dilakukan segera.

Beliau juga menafikan tuduhan cuba mensabotaj kedai serbaneka KK Mart hanya kerana beliau mempunyai sebuah pasar raya dikenali sebagai MyKampung Fresh Mart.

Bercakap kepada Scoop, Firdaus berkata, jika terdapat elemen beliau cuba mensabotaj KK Mart, kenapa Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Super Mart, Datuk Seri KK Chai menghubunginya serta meminta maaf.

Selain itu, katanya MyKampung Fresh Mart yang dibuka pada 2021 juga sudah ditutup. – 27 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related