Bayi dua bulan meninggal dunia dijangkiti batuk kokol di Kelantan

Setakat Selasa, sebanyak 29 kes direkodkan di seluruh negeri iaitu Kota Bharu (11), Tanah Merah (tujuh), Kuala Krai (empat), Pasir Puteh (tiga), Tumpat (dua) dan Gua Musang (dua)

8:39 AM MYT

 

KOTA BHARU — Satu kematian melibatkan seorang bayi lelaki berusia dua bulan akibat jangkitan Pertusis atau batuk kokol direkodkan di Kelantan sehingga minggu ke-12, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah dalam kenyataan semalam berkata kematian itu dikesan di Tanah Merah pada bulan lepas.

Beliau berkata setakat Selasa, sebanyak 29 kes direkodkan di seluruh negeri iaitu Kota Bharu (11), Tanah Merah (tujuh), Kuala Krai (empat), Pasir Puteh (tiga), Tumpat (dua) dan Gua Musang (dua).

“Tiga kawasan wabak juga telah diisytiharkan di Kelantan iatu di Tanah Merah, Pasir Puteh dan yang terbaru di Kota Bharu pada 14 Mac lepas di sebuah pangsapuri di Kubang Kerian, di sini.

“Berbanding tempoh sama (Minggu Ke-12) tahun lepas hanya terdapat satu kes Pertussis,” katanya.

Jelasnya, perbandingan ini menunjukkan terdapat peningkatan yang signifikan kes Pertussis yang dilaporkan di Kelantan.

“Daripada 29 kes setakat hari ini, 22 kes atau 76 peratus daripadanya melibatkan bayi berumur antara satu hingga lima bulan,” katanya.

Mengulas lanjut, Hilmi berkata tahun lalu terdapat lima kes kematian dengan keseluruhan kes sebanyak 90 kes dengan peningkatan kes bermula pada Minggu Ke-35.

Katanya bagi menangani jangkitan itu Jabatan Kesihatan negeri melalui Cawangan Pendidikan Kesihatan telah meningkatkan hebahan kepada masyarakat berkenaan penyakit Pertusis melalui media sosial dan bahan promosi kesihatan yang dipamerkan di klinik dan hospital. – 28 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Ringgit eases against dollar as Fed official’s comments dampen rate cut hopes

Local note at 4.6910/6950 versus greenback at 9am

Ahmad Samsuri kekal sebagai MB Terengganu

Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat sini hari ini

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

Related