Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1711615387:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 266
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 182560
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:137:"Jakim mengetengahkan konsep Lelaki Qawwam bagi memperkukuh tanggungjawab lelaki dalam mentadbir diri, keluarga, organisasi dan masyarakat";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => cerai
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Jakim mengetengahkan konsep Lelaki Qawwam bagi memperkukuh tanggungjawab lelaki dalam mentadbir diri, keluarga, organisasi dan masyarakat
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 58
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752082483";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:17;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751684988";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:3;i:2;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752082483
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Kelompok usia 26 hingga 35 tahun paling tinggi buat tuntutan cerai | Scoop

Kelompok usia 26 hingga 35 tahun paling tinggi buat tuntutan cerai

Jakim mengetengahkan konsep Lelaki Qawwam bagi memperkukuh tanggungjawab lelaki dalam mentadbir diri, keluarga, organisasi dan masyarakat

6:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Julat usia antara 26 hingga 35 tahun merupakan kelompok tertinggi membuat tuntutan cerai berdasarkan statistik kes Mahkamah Syariah yang dijana melalui e-Syariah iaitu dari tahun 2020-2023.

Tuntutan cerai bagi julat usia itu melibatkan 162,556 kes diikuti 36-45 tahun (112,641 kes) dan 16-25 tahun (50,068 kes).

Ini diikuti julat usia 46-55 tahun dengan 49,390 kes; 56-65 tahun (21,331 kes); 66-75 tahun (6,116 kes) dan 76-85 tahun (1,277 kes).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, melihat kepada statistik berkenaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengetengahkan konsep Lelaki Qawwam bagi memperkukuh tanggungjawab dan menyerlahkan peranan lelaki dalam mentadbir diri, keluarga, organisasi dan masyarakat.

Menurut beliau, ini seterusnya dapat memperkasa aspek kepimpinan dan keupayaan lelaki agar memiliki ciri-ciri adil, perkasa, amanah, wibawa, tekad, penyantun dan futuristik.

Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, kerajaan sentiasa komited membantu masyarakat dalam melaksanakan segala perancangan dan pelan tindakan selaras dengan undang-undang dan hukum syarak – Alif Omar/Scoop, 28 Mac, 2024

“Kerajaan juga membantu pasangan yang berdepan dengan masalah dalam hubungan rumah tangga dengan menyediakan Khidmat Rundingcara Keluarga di Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN).

“Semua Pegawai Khidmat Rundingcara Keluarga atau Perundingcara Keluarga tersebut diberikan latihan atau kursus seperti Sijil Tinggi Kaunseling Syarie bagi membekalkan ilmu yang cukup kepada pegawai,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) yang meminta kerajaan menyatakan kadar perceraian mengikut pecahan julat usia pasangan di Mahkamah Syariah sejak 2020-2023 selain langkah-langkah meminimumkan kes perceraian.

Mohd Na’im berkata, kerajaan sentiasa komited membantu masyarakat dalam melaksanakan segala perancangan dan pelan tindakan selaras dengan undang-undang dan hukum syarak.

“Kerajaan melalui Jakim telah dan sedang melaksanakan inisiatif melalui Kursus Praperkahwinan Islam yang diwajibkan kepada pasangan muslim yang hendak berkahwin untuk menyediakan pengetahuan asas kekeluargaan bagi pasangan yang akan mendirikan rumah tangga untuk meningkatkan ilmu dan memantapkan persediaan diri serta meningkatkan keyakinan sebelum memasuki alam perkahwinan.

“Di samping itu, Jakim turut memperkenal Kursus Pascaperkahwinan Islam kepada pasangan yang telah berkahwin sebagai inisiatif untuk membantu pasangan mengeratkan hubungan dan ikatan perkahwinan mereka,” katanya.

Beliau menambah, peserta didedahkan dengan ilmu berkaitan pengurusan kesihatan keluarga, pengurusan kewangan keluarga, motivasi dan pengurusan psikologi serta ibadah dan pengurusan stres dalam rumah tangga menggunakan modul disediakan Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN), kementerian dan agensi berkaitan.

Kursus ini dilaksanakan mengikut fasa perkahwinan pasangan iaitu Fasa Bulan Madu – bagi usia perkahwinan 0-5 tahun; Fasa Sehati Sejiwa – bagi usia perkahwinan 6-10 tahun; Fasa Semarak Kasih – bagi usia perkahwinan 11-20 tahun; dan Fasa Syurga Cinta – bagi usia perkahwinan 21 tahun lebih. – 28 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Sim Tze Tzin seeks PKR veep post, vows to strengthen party’s future

Bayan Baru MP declares candidacy, drawing on decades of reformist struggle and unwavering loyalty to the party

Rules on p-hailing charges, riders’ earnings coming: Transport Ministry

Regulations being drafted now that amendments to Land Public Transport Act on expanding regulatory control over the industry are in force

Ticket prices no excuse: fans urged to support Harimau Malaya

Ticket prices should not be an issue for loyal football fans flocking to the stadium tomorrow to support Harimau Malaya in the opening Group D match against Kyrgyzstan in the second round of the 2026 World Cup/2027 Asian Cup Qualifiers.

Related