Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1711634674:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 182663
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:66:"Ismanira tak mahu fikirannya terganggu kerana berada di fasa sedih";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => zayn rayyan
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Kira-kira seminggu ‘menghilangkan diri’ tanpa sebarang status atau hantaran di media sosial khususnya di Instagram, Ismanira Abdul Manaf, 29
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 56
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 273
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750526185";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:17;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750526185
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
‘Hilang’ seketika, ibu Zayn Rayyan nak jaga kesihatan mental | Scoop

‘Hilang’ seketika, ibu Zayn Rayyan nak jaga kesihatan mental

Ismanira tak mahu fikirannya terganggu kerana berada di fasa sedih

10:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kira-kira seminggu ‘menghilangkan diri’ tanpa sebarang status atau hantaran di media sosial khususnya di Instagram, Ismanira Abdul Manaf, 29, ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin tampil perjelas persoalan mengenai perkara itu.

Menurut hantaran terbaharu di Instagram, Ismanira turut memohon maaf kepada terpaksa ‘menyepi seketika’ di semua media sosial bagi membolehkannya berehat.

“(Saya) nak jaga kesihatan mental saya. Tak mahu fikiran saya terganggu sebab saya berada di fasa sedih yang teramat sekarang ini,” katanya.

Katanya, dia mengaktifkan semula akaun media sosialnya itu buat sementara waktu untuk memaklumkan keadaan dirinya ketika ini.

“Ramai sangat yang tanya dan ada yang salah faham. Saya aktifkan semula hari ini sahaja.

“Bermula esok saya akan tutup semula. Harap semua faham,” tambahnya.

Baru-baru ini Scoop melaporkan, keluarga kanak-kanak itu dipercayai sudah berpindah keluar dari kediaman mereka di Apartmen Idaman, Damansara Damai sejak beberapa minggu lalu.

Perkara itu dimaklumkan seorang jiran terdekat keluarga tersebut yang enggan namanya didedahkan ketika tinjauan Scoop ke kawasan kediaman itu.

Malah, berdasarkan pemerhatian, tingkap rumah keluarga Zayn yang menetap di aras 2, Blok R sudah tidak lagi berlangsir seperti sebelum ini, sekali gus menguatkan lagi dakwaan tersebut.

Usaha untuk mendapatkan pengesahan berhubung perkara itu bagaimanapun gagal apabila panggilan tidak dijawab oleh Ismanira.

Terdahulu, polis memaklumkan tidak akan berhenti menjalankan siasatan kes pembunuhan Zayn sehingga memperoleh sebarang petunjuk baharu yang boleh membantu siasatan.

Polis turut meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi membantu siasatan kes tersebut, bagaimanapun sehingga ke hari ini belum menunjukkan sebarang perkembangan positif.

Pada 5 Disember lalu, Zayn, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartmen Idaman pada keesokan harinya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – 28 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related