Ceddy kecewa dicap sebagai penyokong rejim zionis

Penstriman langsungnya di TikTok dihujani komen negatif dan berbaur toksik

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial, Ceddy Ang melahirkan rasa kesal apabila dicap sebagai penyokong rejim zionis ketika sedang membuat penstriman langsung di TikTok.

Menurut Ceddy, dia dikecam teruk oleh mereka yang tidak dapat membezakan jenama susu yang kononnnya didakwa menyokong Israel.

“Begitu ramai yang menuduh saya menyokong Israel kerana saya menjual susu jenama itu yang tiada kaitan dengan Israel.

“Dan berkali-kali saya lantang mengatakan saya pro-Palestin, takkan saya nak kaitkan diri saya dengan jenama yang ada menyumbang langsung kepada mereka (Israel)?” Soalnya dalam hantaran di laman X.

Ceddy yang sering kali mempromosikan dietnya ketika bersama-sama berpuasa di bulan Ramadan berkata, penstriman langsungnya itu telah diganggu dengan komen-komen menyedihkan mengenai jenama susu yang dijualnya.

“Banyak komen tentang (jenama susu) itu menyokong Israel. Itu tidak benar, ramai yang keliru antara (susu) jenama yang saya jual ini dengan yang lagi satu itu. Tiba-tiba (komen) menjadi sangat perkauman dan toksik.

“Ini bulan Ramadan, saya telah cuba yang terbaik untuk menghormatinya dan saya benar-benar menyukai bulan ini,” katanya.

Dalam pada itu, salah seorang yang memberikan komen di laman X menegaskan Ceddy adalah seorang yang pro-Palestin.

Malah dia turut menegaskan jenama susu yang dijual Ceddy adalah produk Malaysia. – 29 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Wan Ahmad Dahlan dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, menggantikan Zulkapli

Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, 58, dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Jabatan Perkhidmatan Awam yang baharu berkuat kuasa esok.

Related