Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1711725972:16
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 602
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 182945
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => ALIFF Syukri buih
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 58
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:149:"Beberapa netizen mempertikaikan penghasilan video muzik itu memandangkan sebelum ini Aliff Syukri memberi bayangan tidak mahu mengeluarkan lagu raya ";}
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Beberapa netizen mempertikaikan penghasilan video muzik itu memandangkan sebelum ini Aliff Syukri memberi bayangan seperti tidak mahu mengeluarkan lagu raya pada tahun ini
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752173967";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:18;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752173967
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
‘Memalukan’, tampil berendam dalam jakuzi dipenuhi buih sabun, klip lagu raya Aliff Syukri dikecam | Scoop

‘Memalukan’, tampil berendam dalam jakuzi dipenuhi buih sabun, klip lagu raya Aliff Syukri dikecam

Beberapa netizen mempertikaikan penghasilan video muzik itu memandangkan sebelum ini Aliff Syukri memberi bayangan tidak mahu mengeluarkan lagu raya

11:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kontroversi dengan diri usahawan produk kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman berpisah tiada apabila beliau sering tampil dengan cerita, perkongsian dan kata-kata yang mengundang kecaman.

Terbaharu, pembikinan video muzik untuk lagu nyanyiannya sempena Aidilfitri tahun ini, bukan sahaja mengejutkan dan ditempelak ramai, malah dilabel ‘memalukan’.

Menerusi petikan video muzik dikongsikan di mediapenglipurlara yang memaparkan ‘di sebalik layar’ pembikinannya, kelihatan Aliff Syukri berendam di dalam jakuzi dipenuhi buih sabun dengan mengenakan ‘singlet’ dan seperti memakai seluar pendek.

Jakuzi itu turut dikeliling lima penari lelaki berpakaian Baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok dengan perwatakan didakwa lembut.

Aliff Syukri kemudian beraksi menyanyi dengan memegang kepala paip pemanas air mandi sebagai mikrofon.

Video berdurasi 1 minit 25 saat itu menerima kecaman, sindiran dan kritikan pengguna media sosial.

“Aku syak lagu ni bukan lagu raya, tapi lagu mandi buih, datuk tertukar lirik agaknya,” kata seorang netizen.

“Adoi tak berubah lagi,” tulis orang kampung.

“Allahuakbar, ni ke raya,” luah seorang pengguna media sosial.

“Ini boleh mendatangkan kemurungan ni…,” komen rose.

“Memalukan,” kata pengguna lain.

“Salah satu fenomena yang boleh merosakkan minda masyarakat,” tegas seorang netizen.

Manakala, beberapa netizen mempertikaikan penghasilan video muzik itu memandangkan sebelum ini Aliff Syukri memberi bayangan seperti tidak mahu mengeluarkan lagu raya pada tahun ini, seperti sebelumnya.

“Baru nak tenang-tenang tahun ni tanpa lagu datuk rupanya tidak,” kata seorang pengguna.

“Ingat tak ada lagu rayanya, haha kena prank lah pulakk,” ujar YY.

“Ingatkan tahun ni datuk cuti lagu raya,” kata Chelsy.

Sementara itu, menerusi Insragramnya hari ini, Aliff Syukri berkongsi video dengan keterangan sebagai respons untuk memaklumkan beliau terpaksa mengeluarkan lagu raya atas permintaan dan desakan daripada peminatnya.

Video itu memaparkan puluhan individu berkumpul di luar kediamannya yang ‘mengamuk’ kerana tidak berpuas hati apabila usahawan terbabit belum mengeluarkan lagu raya pada kali ini.

Mereka melaungkan kata-kata yang bertanya mengenai di mana lagu raya Aliff Syukri dan menuntut beliau menghasilkannya.

Kumpulan itu juga memegang plakad tertera tulisan memaparkan permintaan sama, antaranya ‘kami nak lagu raya’, ‘mana lagu artis nombor 1 Malaysia’, ‘suara datuk sedap’, ‘kami nak lagu raya’.

Aliff Syukri kemudian keluar menenangkan kumpulan itu dalam keadaan beliau memakai tuala dengan badan dan kepalanya dipenuhi sabun kerana sedang mandi.

Beliau kemudian akhirnya bersetuju dengan permintaan mereka sebagai menuruti kata peminatnya.

“Disebabkan rusuhan yang melampau untuk saya sebagai artis dan penyanyi, memaksa saya mengeluarkan lagu raya, saya redha.

“Insya-Allah saya hanya turuti kata peminat saya.

“Nantikan lagu keramat dari artis Nombor 1 terbaru Love Raya dari artis nombor 1 Malaysia, Aliff Syukri,” katanya seperti tertera dalam rakaman video itu. – 30 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Without us, there’s no M’sia: Sabah MP fumes over claimed accent discrimination

A Sabah MP pointed out that the recent incident involving a Sabahan food delivery rider and another man was an example of how youths from the state are facing alleged discrimination.

Another judge recuses self from Najib’s appeal against ex-AG Tommy Thomas

Husband of Court of Appeal judge previously worked for PwC and was involved in asset recovery and debt management for 1MDB

Mengapa bil elektrik melonjak naik? Ini sebabnya…

Sejak bermulanya pandemik Covid-19, industri tenaga di seluruh dunia berdepan dengan cabaran satu demi satu gangguan dan juga krisis. 

Related