Ada lagi warga Israel lain bersamanya? Semua kemungkinan kita siasat: Ketua Polis Negara

Ini berdasarkan kepada penemuan enam pucuk pistol dan beratus-ratus peluru bersama lelaki tersebut

7:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Polis kini sedang menggiatkan siasatan sama ada warga Israel yang ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang, dekat sini Rabu lalu, memasuki negara ini berseorangan atau ada lagi individu lain bersamanya.

Bercakap kepada Scoop, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ini berdasarkan kepada penemuan enam pucuk pistol dan beratus-ratus peluru bersama lelaki itu yang memungkinkan perkara tersebut.

“Mungkin ada dua ke tiga orang lagi bersamanya? Semua kemungkinan boleh berlaku,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau mengesahkan sepasang suami isteri direman seminggu bagi membantu siasatan selepas disyaki menjadi pembekal senjata api kepada warga Israel berkenaan.

Penahanan reman terhadap pasangan berusia 42 dan 40 tahun itu dibuat bagi siasatan di bawah Akta Senjata 1960.

Kedua-duanya ditahan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan JSJ Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Kuala Selangor pada jam 7.30 malam semalam.

Semalam pada sidang media, Razarudin berkata, pihaknya menahan seorang lelaki warga Israel bersama enam pucuk pistol pelbagai jenis di sebuah hotel di Jalan Ampang, Rabu lalu.

Beliau berkata, susulan pemeriksaan ke atas suspek mendapati dia telah masuk ke Malaysia pada 12 Mac lalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, siasatan juga mendapati lelaki berusia 36 tahun itu menggunakan pasport Perancis untuk masuk ke negara ini.

“Apabila disoal siasat, suspek kemudian beri satu lagi pasport iaitu pasport Israel.

“Siasatan lanjut, pihak berkuasa merampas sejumlah enam pucuk senjata api yang ditemui di dalam beg di bilik hotel didiami suspek.

Soal siasat lanjut, Razarudin berkata, suspek memberitahu dia datang ke Malaysia untuk mencari seorang warga Israel untuk dibunuh, kononnya ada isu berkaitan keluarga. – 30 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related