Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1711893657:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_oembed_1a16b70d2777a7b201ed0d931ce7b753] => Array
        (
            [0] => 

Padu padu.. pic.twitter.com/HG9ZBeQHCI

— Meera Nam He Ayesha (@ayeshahanis) March 31, 2024
) [_oembed_time_1a16b70d2777a7b201ed0d931ce7b753] => Array ( [0] => 1711892301 ) [_oembed_239dc4cba9892369b06367d46cf5fe3d] => Array ( [0] =>

Suami saya dah sent email untuk edit bahagian isi rumah. Tapi masih belum boleh kemaskini. Selalunya ambil masa berapa lama untuk sistem revert email pasal kesilapan isi PADU? @lamkanahraf

— AtiqahAziz (@atiqa_aziz) March 31, 2024
) [_oembed_time_239dc4cba9892369b06367d46cf5fe3d] => Array ( [0] => 1711892301 ) [_thumbnail_id] => Array ( [0] => 183448 ) [_edit_last] => Array ( [0] => 13 ) [_post_language] => Array ( [0] => ) [_molongui_author] => Array ( [0] => guest-97379 ) [_molongui_main_author] => Array ( [0] => guest-97379 ) [td_post_theme_settings] => Array ( [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:127:"Bagi yang tidak dapat mendaftar menerusi dalam talian, mereka memilih untuk singgah ke kaunter Padu bagi pendaftaran saat akhir";} ) [_yoast_wpseo_primary_category] => Array ( [0] => 612 ) [_yoast_wpseo_focuskw] => Array ( [0] => pendaftaran padu ) [_yoast_wpseo_metadesc] => Array ( [0] => Bagi yang tidak dapat mendaftar menerusi dalam talian, mereka memilih untuk singgah ke kaunter Padu bagi pendaftaran saat akhir ) [_yoast_wpseo_linkdex] => Array ( [0] => 71 ) [_yoast_wpseo_content_score] => Array ( [0] => 30 ) [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array ( [0] => 2 ) [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array ( [0] => ) [post_views_count] => Array ( [0] => 275 ) [post_views_count_7_day_arr] => Array ( [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749469095";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:11;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749600237";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:0;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}} ) [post_view_7days_last_day] => Array ( [0] => 2 ) [post_views_count_7_day_last_date] => Array ( [0] => 1749600237 ) [post_views_count_7_day_total] => Array ( [0] => 2 ) [post_views_last_24_hours] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_last_48_hours] => Array ( [0] => 2 ) )
Pendaftaran saat akhir, Padu alami jumlah trafik yang tinggi, ramai sukar akses | Scoop

Pendaftaran saat akhir, Padu alami jumlah trafik yang tinggi, ramai sukar akses

Bagi yang tidak dapat mendaftar menerusi dalam talian, mereka memilih untuk singgah ke kaunter Padu bagi pendaftaran saat akhir

10:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Berbaki beberapa jam lagi sebelum pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (Padu) berakhir, pengguna kini menghadapi kesukaran untuk mengakses ke laman web tersebut berikutan jumlah trafik yang tinggi.

“Harap maaf. Sistem sedang mengalami jumlah trafik yang tinggi. Cuba semula sebentar lagi,” demikian mesej yang kelihatan di web Padu.

Padu juga kini trending di media sosial dengan ramai yang mengadu mereka tidak dapat mengakses masuk sama ada untuk mendaftar atau mengemaskini maklumat yang diberikan sebelum ini.

Bagi yang tidak dapat mendaftar menerusi dalam talian, mereka memilih untuk singgah ke kaunter Padu bagi pendaftaran saat akhir.

Antara kaunter yang dilaporkan sesak ialah di Pusat Maklumat Rakyat (PMR), Jabatan Penerangan Malaysia di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Anggerik Mall, Shah Alam, yang dipenuhi orang ramai seawal 7.30 pagi tadi.

Mereka beratur sehingga 30 meter kerana mahu mendaftar dan mengemaskini sistem secara fizikal.

Antara rungutan orang ramai sejak pagi tadi mengenai kegagalan untuk mendaftar Padu ialah tidak dapat mengimbas kad pengenalan untuk tujuan pengesahan, tidak dapat mengemas kini pendaftaran awal dan terpaksa mencuba beberapa kali baru lulus.

“Sedih tau isi Padu tu, dia tak detect muka I sebab muka I tengah tak cantik. Dia cakap failed sebab tak sama dengan IC. Tadi buat lagi kalau tak lepas jugak tak pela nak buat macam mana,’’ kata Hanyahana menerusi aplikasi X.

Selain itu ada juga yang mengadu walaupun perubahan telah dibuat dalam alamat mereka, namun apabila diakses semula, ia tetap mengeluarkan alamat lama.

“Isu #PADU: alamat dah tukar kat sistem, hari ni semak, masih alamat lama. Tak boleh edit pulak. nak macam mana buat? Atau biar aje? Saja nak semak semula apa yg diisi,” kata Michael.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sebelum ini menegaskan kerajaan tidak merancang untuk melanjutkan pendaftaran Padu yang akan berakhir pada 31 Mac ini.

Ini kerana, katanya, jadual pelaksanaan penstrukturan semula subsidi pukal yang diumumkan sebelum ini perlu dilaksanakan dan jadual itu perlu dipatuhi.

“Kalau saya ada ruang, sudah tentu akan lanjutkan tapi kalau lanjutkan bermakna kita akan terus menolak garisan masa ke belakang,” katanya. – 31 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related