Tragedi jala ikan: Mayat kedua arus deras ditemukan 10km dari tempat kejadian

Mayat ditemukan pada 12.17 tengah hari dan telah disahkan oleh suami mangsa. Usaha mengesan anak perempuannya sedang giat dijalankan

4:41 PM MYT

 

SERDANG – Mayat wanita yang juga mangsa kedua dalam tragedi kepala air di Jalan KP 4/9 Kota Perdana, Seri Kembangan semalam, ditemukan pada jam 12.17 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner  A.A Anbalagan berkata, mayat wanita berusia 38 tahun itu ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat di Lombong D’Island berhampiran Taman Lacattage, Putra Perdana di sini kira-kira 10 kilometer (km) dari lokasi kejadian.

“Mayat ditemukan pada 12.17 tengah hari dan telah disahkan oleh suami mangsa. Usaha mengesan anak perempuannya sedang giat dijalankan,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, sepasang suami isteri warga Indonesia dan tiga anak mereka yang berusia antara empat hingga 10 tahun, dilaporkan sedang menjala di saliran longkang monsun di kawasan itu sebelum tiba-tiba datang arus deras.

Kejadian itu menyebabkan kelima-lima mangsa tergelincir dan terjatuh sebelum dihanyutkan ke sebuah sungai berhampiran.

Bagaimanapun, suami dan anak lelaki kedua keluarga itu yang berusia sembilan tahun berjaya menyelamatkan diri manakala anak sulung pasangan itu berusia 10 tahun ditemukan lemas semalam pada jarak 1km dari lokasi kejadian. – 1 April, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Related