KKM cadang pindaan Akta 50 berkenaan program Parallel Pathway disegerakan

Sementara menunggu keputusan Jemaah Menteri mengenai akta itu, latihan kepakaran melalui program sarjana dalam negara akan terus diperkasa

6:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mencadangkan kepada Jemaah Menteri untuk menyegerakan pindaan Akta 50 mengenai program Parallel Pathway bagi membolehkan pelatih yang berjaya menyelesaikan program tersebut didaftarkan sebagai pakar di bawah akta berkenaan.

Menterinya, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad berkata, langkah itu bagi menyelesaikan masalah kekurangan pakar perubatan yang berkhidmat di hospital kerajaan ketika ini.

“Dengan itu, tertakluk kepada keputusan lanjut Jemaah Menteri bagi cadangan pindaan Akta 50 berkenaan program tersebut.

“KKM akan mengangkat cadangan kepada Jemaah Menteri untuk menyegerakan pindaan Akta 50 selewat-lewatnya pada Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Parlimen ke-15, Jun ini bagi penguatkuasaan secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, KKM menggesa semua pihak agar memberikan sepenuh kerjasama demi kepentingan seluruh pemegang taruh, terutamanya pelatih program Parallel Pathway kerana rakyat bergantung kepada perkhidmatan mereka.

“KKM menjamin kecekapan dan keberkesanan penyampaian sektor kesihatan awam kepada masyarakat dapat terus ditingkatkan di bawah gagasan Malaysia Madani,” katanya.

Dzulkefly berkata, sementara menunggu keputusan Jemaah Menteri mengenai akta itu, latihan kepakaran melalui program sarjana dalam negara akan terus diperkasa agar program pembangunan kapasiti tempatan kian unggul.

“KKM beriltizam untuk melahirkan lebih ramai pakar perubatan demi memenuhi keperluan perkhidmatan perubatan negara,” katanya.

Ujarnya lagi, persetujuan bersama dicapai dalam satu perbincangan dengan Duta Besar Ireland ke Malaysia, Orla Tunney dan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Malaysia, David Wallace agar kerjasama yang sedia terjalin antara KKM dan institusi terlibat akan diteruskan dan diperkukuh. – 2 April, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related