KK Mart Sungai Isap: Polis Pahang rakam keterangan empat individu

Yahaya turut menasihatkan semua pihak supaya tenang dan tidak mengambil tindakan sendiri serta sentiasa mematuhi undang-undang

10:04 PM MYT

 

KUANTAN – Polis Pahang telah mengambil keterangan empat individu bagi membantu siasatan kes cawangan KK Mart Sungai Isap di sini dibaling bom petrol atau ‘molotov cocktail’ sehingga menyebabkan kebakaran kecil pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata empat individu berkenaan termasuk pengadu dan saksi  serta akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup dari kawasan berhampiran lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

“Saya sudah minta Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) meningkatkan rondaan di kesemua 15 cawangan KK Mart dan dua stor  di Pahang,” katanya ketika ditemui media pada Program Pencegahan Jenayah Polis Pahang di Bazar Ramadan Mahkota Square di sini hari ini.

Yahaya turut menasihatkan semua pihak supaya tenang dan tidak mengambil tindakan sendiri serta sentiasa mematuhi undang-undang ditetapkan.

Pada 30 Mac lepas, cawangan KK Mart yang baru beroperasi dua minggu itu dibaling bom petrol oleh individu tidak dikenali sehingga menyebabkan empat rak jualan serta beberapa barangan jualan rosak. – 2 April, 2024

Topics

 

Hangat

Ringgit eases against dollar as Fed official’s comments dampen rate cut hopes

Local note at 4.6910/6950 versus greenback at 9am

Ahmad Samsuri kekal sebagai MB Terengganu

Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat sini hari ini

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

Related