Aktivis gesa Akmal, 4 individu disenarai hitam ke Sabah, Sarawak

Menerusi kenyataan bersama, mereka berkata, gesaan itu susulan lima individu terbabit didakwa meningkatkan ketegangan kaum, agama

2:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Aktivis dari Sabah dan Sarawak menggesa supaya lima individu, termasuk Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh tidak dibenarkan memasuki negeri berkenaan kerana didakwa meningkatkan ketegangan kaum dan agama di negara ini.

Gesaan itu dibuat Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (Sapa) dan Sabah Defenders of Ancestral Lands’ (Mopot Sabah) menerusi kenyataan bersama hari ini.

Empat individu lain itu adalah penceramah bebas, Mohd Ridhuan Tee Abdullah dan Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu serta pendakwah bebas, Firdaus Wong dan Syakir Nasoha.

Ketua Publisiti dan Penerangan Sapa, Peter John Jaban dan wakil Mopot Sabah, Atama Katama berkata, kerajaan kedua-dua negeri berkenaan diminta mengemas kini senarai hitam Imigresennya dengan turut menambah nama lima individu terbabit.

Menurutnya, gesaan itu adalah kerana mereka turut dianggap mencetuskan perselisihan sosial di rantau ini.

“Permintaan ini adalah sebagai tindak balas kepada beberapa peristiwa baru-baru ini yang mengancam keamanan serta keharmonian di Sarawak dan Sabah,” kata mereka.

Mereka berkata, Sarawak mempunyai autonomi untuk mengawal selia kuasa Imigresennya seperti digariskan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Pada masa sama, mereka memetik kata-kata bekas Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang bersetuju dengan tindakan melarang pihak yang menunjukkan sikap ‘ekstremis, ketaksuban agama dan pengacau’ dari Semenanjung.

Justeru, mereka berkata, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Zohari perlu menampilkan senarai baharu nama individu yang tidak dialu-alukan di Sarawak, bagi melindungi kepentingan wilayah berkenaan, mengekalkan persekitaran aman serta menjunjung nilai keterangkuman, toleransi dan keharmonian sosial.

“Senarai hitam imigresen yang dikemas kini termasuk individu yang mencetuskan protes dan boikot, mendorong sikap tidak bertoleransi kaum dan agama, mewujudkan ketakutan dan ketidakamanan serta menggalakkan sikap memecah belah.

“Gesaan senarai hitam imigresen dikemas kini ini bertujuan melindungi Sarawak dan Sabah daripada potensi gangguan serta risiko kepada perpaduan sosial.

“Antara alasan sering digunakan kerajaan negeri bagi menghalang individu tertentu memasuki Sarawak, adalah potensi mereka untuk menjejaskan keharmonian negeri berbilang kaum dan agama,” katanya.

Menurut mereka, gesaan itu adalah usaha untuk mengekalkan keadaan aman di Sarawak kerana Adenan juga pernah memasukkan dua individu dalam senarai hitam imigresen iaitu Ketua Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunus. – 4 April, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Related