Dr Akmal selesai beri keterangan selepas lebih dua jam dibawa ke IPD Kota Kinabalu

Beliau turut mempersoalkan penahanannya yang dibuat secara tergesa-gesa sedangkan sudah dijadualkan untuk memberi keterangan esok di IPD Dang Wangi

1:56 PM MYT

 

KOTA KINABALU – Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh selesai memberikan keterangan selepas lebih dua jam dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Beliau berkata, terdapat laporan dibuat berhubung video ceramah di Kelantan, yang dinafikannya membuat kenyataan berbaur hasutan.

“Saya meneliti video itu dan saya rasa tiada satu pun ungkapan dikeluarkan untuk menghasut. Saya serahkan segala-galanya kepada siasatan polis.

“Jika ada kes, kita sedia lawan di mahkamah sebab saya tak pernah takut. Sebab saya percaya yang kita bawa ini adalah suara kebenaran dan kita tak melakukan apa-apa kesalahan sekalipun.

“Insya-Allah Pemuda Umno akan sentiasa memberikan kerjasama yang baik dan terima kasih kepada IPD Kota Kinabalu kerana memberikan layanan yang baik. Alhamdulillah selepas dua jam setengah, selesai (beri keterangan),” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan IPD Kota Kinabalu.

Mengulas lanjut, Akmal memberitahu pemberita bahawa beliau tidak ditahan oleh Jabatan Imigresen dan akan menghadiri majlis berbuka puasa di Beaufort, Sabah.

“Kami tiada masalah dengan Imigresen. Lepas je Imigresen kemudian saya di sini (IPD Kota Kinabalu). Lepas ini program tetap diteruskan, tak patah semangat.

“Ketua-ketua Pemuda di Sabah dan pemimpin Sabah ini sangat luar biasa, jadi saya mengambil semangat itu untuk teruskan pendirian kami,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan penahanannya yang dibuat secara tergesa-gesa sedangkan sudah dijadualkan untuk memberi keterangan esok di IPD Dang Wangi.

“Laporan itu di Kuala Lumpur. Jadi saya pun tertanya-tanya, apa yang urgent sangat? Bukan saya tak balik dan saya sudah beri komitmen tetapi nak juga.

“Tiada langsung laporan dari Sabah, tiada langsung apa-apa kenyataan dari Sabah. Semuanya berlaku di Semenanjung. Kami datang ke sini atas program Pemuda Umno, datang dengan tenang… jadi saya rasa kami tidak mengganggu sesiapa di sini. Tiada masalah,” katanya.

Terdahulu, Dr Akmal menerusi Facebook mengesahkan beliau ditahan di IPD Kota Kinabalu pagi ini walaupun sudah dijadualkan untuk memberi keterangan esok di IPD Dang Wangi.

“Insya-Allah saya akan berikan kerjasama sepenuhnya. Doakan semuanya dipermudahkan,” katanya sambil bertegas, tidak akan berganjak walau seinci daripada pendiriannya. – 5 April, 2024

Topics

 

Hangat

Pardons Board should disclose reasons behind Najib’s sentence reduction, urges Ramkarpal

The Pardons Board should disclose the reasons behind its decision to grant ex-prime minister Datuk Seri Najib Razak a reduced prison sentence and fine, said Bukit Gelugor MP Ramkarpal Singh.

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Related